Takkan dah hampir 700,000 saman dari cuma 14 kamera AES? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 17, 2013

Takkan dah hampir 700,000 saman dari cuma 14 kamera AES?

Pada aku sepatutnya syarikat dibayar berdasarkan kerja depa, apa yang depa supply dan install dan juga untuk service. Bab urusan saman menyaman tu JPJ yang kena urus. Tak kira la kerajaan untung ka rugi ka yang penting adalah untuk mendidik pengguna jalanraya bukannya untuk kaut duit rakyat sebanyak mungkin.

Bernama melaporkan:
Sebanyak 673,339 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat 11 Jun lalu.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah bayaran kompaun pula sebanyak RM20 juta sejak ia dikuatkuasakan September 2012. - mStar.     
Dari segi ideanya aku memang sokong AES ni. Cuma masalahnya cara perlaksanaan yang dipertikaikan.

Yang pertama sekali aku langsung tak setuju AES ni swastakan, memang tak logik langsung penguatkuasaan diswastakan, orang bisnes tak peduli kot tujuan AES tu yang depa pentingkan tentunya untung, lagi banyak saman lagi banyak depa untung.

Yang kedua pulak, kalau ikut KASE yang memang study sungguh pasai AES ni, lokasi pemasangan AES ni pun banyak yang tak sesuai. Banyak tempat yang dipasang lebih kepada nak dapat untung berbanding tempat-pempat bahaya yang patutnya dipasang AES tapi tak masuk dalam senarai.

Yang ketiganya, nampak macam perjanjian konsesi lebih kurang macam konsesi Lebuhraya, konsesi yang syarikat tentu untung besar punya malah syarikat dapat berlipatkali ganda berbanding yang kerajaan akan dapat.

Harakahdaily melaporkan:
Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.

Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. - Hrkh.
Pada aku sepatutnya syarikat dibayar berdasarkan kerja depa, apa yang depa supply dan install dan juga untuk service. Bab urusan saman menyaman tu JPJ yang kena urus. Tak kira la kerajaan untung ka rugi ka yang penting adalah untuk mendidik pengguna jalanraya bukannya untuk kaut duit rakyat sebanyak mungkin.

Perlu aku tekankan jugan, jumlah saman yang dekat 700,000 tu sebenarnya cuma dari 14 kamera yang baru beroperasi.

Harakahdaily juga melaporkan:
Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi-lokasi berikut:

1. KM 375.9, Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah ke Utara)
2. KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Aran ke Bagan Datoh)
3. KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg. Kerdah)
5. KM 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
6. KM 204.6, Lebuhraya PLUS-Taiping (Arah ke Utara)
7. Jalan Pasir Putih, Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian Sentul)
10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS -Kajang (Arah ke Utara)
12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan) - Ibid.
Belambak lagi kamera AES yang sebenarnya belum dipasang. Dalam Q&A web JPJ ada ditulis:
Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?

  • Jumlah kamera speeding 566 buah.
  • Jumlah kamera traffic light 265 buah.
  • Jumlah keseluruhan kamera 831 buah.
  • Mobile kamera (30%) 250 unit – operasi kamera-kamera mudah alih adalah bagi kawasan-kawasan kemalangan yang tiada infrastruktur (bekalan elektrik, liputan komunikasi dan sebagainya) untuk di pasang kamera statik. - JPJ.
Kesimpulannya, kompom untung besar la 2 syarrikat kroni yang dapat kontrak AES tu tapi kerajaan pun dapat banyak jugak. Yang tentu semakin rugi adalah rakyat cumanya harap-harap pemasangan AES ni dapat kurangkan banyak kemalangan lepas ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...