Kalau macam ni cara Azlina memang kompom kalah dengan Shahrizat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Julai 03, 2013

Kalau macam ni cara Azlina memang kompom kalah dengan Shahrizat

Tapi nak buat macamana, tahap tu ja yang ada dalam Wanita Umno sekarang ni, nak cari yang macam Asiah Ghani payah nak jumpa dah.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Datuk Seri Azalina Othman (gambar) membayangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apa yang bakal berlangsung dalam sesi Parlimen kali ini – peringatan tegas daripada penyokong Barisan Nasional (BN).

Bekas menteri dan bekas Ketua Puteri Umno itu ingin memaklumkan kepada perdana menteri perjuangan agenda kaum wanita di Malaysia masih belum mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kenapa perlu merayu bagi mendapatkan hak seorang wanita? Ini langsung tidak adil. Najib perlu telus memperkasakan agenda ini,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam selepas ucapan lantang beliau di Parlimen melahirkan kekesalan terhadap bilangan wanita yang masih rendah dalam menjadi pimpinan sebuah organisasi. - TMI.  
Belum apa-apa dah belasah Najib Rosmah, dia ingat cara dia tu boleh tarik undi ka? Memang kompom akan kalah la dalam pemilihan nanti.

Satu lagi kebangangan Azalina bila secara berseloroh tawarkan Rafizi jadi pengurus kempen dia.

mStar melaporkan:
Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat, Isnin.

Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan)bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita UMNO," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - mStar.
Memang tak dinafikan Rafizi memang berkemampuan jadi pengurus kempen tapi tentu tak sesuai, awal-awal lagi bagi persepsi negetif untuk kempen Azalina.

Lagi satu, 'body language' Azalina bila kena belasah dalam parlimen sangat-sangat tak profesional.

Nampak samseng sangat, mana sesuai jadi Ketua Wanita macam tu, kalau nak jadi Ketua Pemuda Umno lebih sesuai kot.

Azalina sangat-sangat memerlukan seorang image consultant.

Kalau nak banding dengan Halimah Sadique, sorang lagi yang disebut-sebut teringin jugak nak tawarkan diri,  memang jauh sangat lah bezanya. Cumanya setakat ni Halimah masih lagi diam membisu.
Sehingga kini desas-desus kuat mengatakan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique berminat menawarkan diri mengisi kedudukan orang nombor satu sayap parti itu.

Bagaimanapun Halimah ketika ditemui di bangunan Parlimen mengambil pendirian 'kunci mulut' tanpa memberi sebarang komen lanjut.

Ketika diajukan soalan mengenai khabar angin tersebut, bekas Exco Pergerakan Wanita Umno itu secara bersahaja memberi isyarat 'zip mulut' sambil tersenyum.

"Tak nak, tak nak...tak nak (komen)," kata Ahli Parlimen Tenggara itu ringkas. - mStar.
Tapi Halimah ni pun ada masalah jugak, isu skandal dia dengan Ghani Othman pun panas jugak, takkan Wanita Umno sanggup lantik orang macam tu jadi ketua depa, lain la kalau jadi Ketua Puteri, ggeng-geng puteri memang ramai kut yang jenis ada skandal macam tu.

BTW, yang aku peduli sangat pasai pemilihan Ketua Wanita Umno ni pasai apa? Sebenarnya aku kesian kat makcik-makcik tua kut kampong yang setia sangat dengan Wanita Umno, kesian kat depa ni teruk kena perli.

Sebelum ni panas telinga dengan istilah 'lembu' takut lepas ni panas pulak dengan istilah 'jambu' atau 'jalang' pulak. Tapi nak buat macamana, tahap tu ja yang ada dalam Wanita Umno sekarang ni, nak cari yang macam Aishah Ghani payah nak jumpa dah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...