Kalau betul "PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA" aku cabar Che'guBard tarik diri | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 20, 2013

Kalau betul "PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA" aku cabar Che'guBard tarik diri

Jadinya, aku cabar Che'guBard tarik diri dari menjadi calon pada hari penamaan calon pagi ni untuk kerusi Dun Sungai Acheh seiring dengan cogankata blog dia "PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA."

Keadilandaily melaporkan:  
SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.

Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi. - KD.
Kalau artikel semalam aku tulis belum ada berita rasmi, semalam dah keluar berita rasmi yang memang CheguBard dah dapat watikah, maknanya CheguBard memang layak untuk bertanding atas tiket PKR di Dun Sungai Acheh.

Setakat maklumat yang aku dapat sampai semalam memang PAS Nibong Tebal akan teruskan jugak dengan calon depa PAS di Dun Sungai Acheh. Semua persiapan dah pun dibuat. Malah depa dah kompomkan jadual calon untuk esok 20 April sebaik saja habis proses penamaan calon.

Kalau takdak apa-apa keajaiban maka kompom akan berlaku pertandingan 3 penjuru.

Che'gu Bard dalam blog dia pada 27 Mac 2013 keluarkan kenyataan rasmi antara lain berbunyi:
Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air. - Che'guBard.
Aku yakin Che'guBard betul-betul ikhlas bila dia kata yang dia bersedia untuk 'letak tepi kepentingan peribadi' dan betul-betul menjiwai bila dia ajak supaya semua peringkat pro perubahan bersatu dan bersedia jadi jentera biasa.

Jadinya, aku cabar Che'guBard tarik diri dari menjadi calon pada hari penamaan calon pagi ni untuk kerusi Dun Sungai Acheh seiring dengan cogankata blog dia "PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA."

Walaupun dalam kenyataan media yang sama dia kata:
che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. - Ibid.
Tapi dalam situasi macam ni Che'guBard patut mendahulukan kepentingan rakyat yang pro perubahan dari keputusan parti.

Kalau Che'guBard teruskan jugak menghantar borang pencalonan dah tentu punya akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Bila berkalu pertandingan 3 penjuru yang rugi adalah rakyat sebab hampir pasti calon Umno BN akan menang mudah bila undi pro perubahan berpecah dua.

Malah sebelum hari pengundian pun tentu akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang selama ini bersatu.

Yang lebih parah lagi, kesannya bukan setakat kepada rakyat Dun Sungai Acheh sahaja tapi sedikit sebanyak juga akan bagi kesan kepada rakyat di seluruh negara bila isu pertandingan 3 penjuru ni akan jadi senjata kepada Umno BN mempertikai kesepakatan Pakatan Rakyat.

Apa pun, dalam kemelut calon Dun Sungai Acheh ni yang paling patut dipersalahkan adalah Mansor Othman yang cantas CheguBard yang dah buat kerja lama untuk kerusi parlimen Nibong Tebal, dan tentunya dengan restu Anwar Ibrahim sendiri dan tak mustahil adalah olah Azmin Ali yang tak sedar diri.

Che'guBard dalam Kenyataan Umum pada 11 April 2013 antara lain ada menyebut:
Awal tahun 2012, che'GuBard sudah mula bermastautin di N.Tebal atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, malah atas pelawaan dan permintaan Datuk Dr. Mansor Othman sendiri secara berdepan untuk che'GuBard turun membantu di kawasan tersebut khususnya kerana ahli parlimen PKR telah meninggalkan parti.

Semenjak itu bukan sedikit program yang dibuat dari sumbangan kebajikan hinggalah kepada program anak muda dipergiat. Bukan sahaja program berbuka puasa tetapi kubu Umno di tembusi dengan ziarah dan bersahur bersama keluarga yang kurang bernasib baik. Jentera PR banyak membantu dari perbagai segi.

Satu pusat khidmat dan pejabat aktiviti Parlimen N.Tebal telah dibuka dan aktif di rumah kedai dua tingkat. Puluhan aduan tiap minggu diuruskan. - Che'guBard.
Alangkah cantiknya kalau CheguBard tarik diri, kepetingan rakyat pro perubahan didahulukan dan dalam masa yang sama 'mengajar' Mansor Othman, Azmin Ali dan Anwar Ibrahim erti sebenar berjuang dan sanggup berkorban demi rakyat.

Apa pun, jauh di sudut hati kecil aku, aku berharap kalau boleh Ust Yusni Md Piah yang tarik diri dan Che'guBard bertanding atas tiket PAS atas sebab 'winnable candidate' dan parti yang lebih sepatutnya bertanding, cumanya harapan tu hampir pasti mustahil untuk jadi kenyataan...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...