Ust Fathul Bari nak bertanggungjawab kalau ada yang bunuh orang DAP? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Ogos 09, 2012

Ust Fathul Bari nak bertanggungjawab kalau ada yang bunuh orang DAP?

Sinarharian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.

"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa. - Sinarharian.
Kalau ikut ayat warna merah tu, jelas sangat yang Ust Fathul Bari, Ketua Ulama Muda Umno istihar pemimpin dan DAP sebagai kafir harbi.

Walaupun dah selalu dengar dan jumpa statement macam ni sebelum ni, tapi aku tak peduli sangat pasainya selama ni yang kata macam tu cuma cubertroopers penchachai Umno BN termasuk yang heboh pasai kantoi dengan arak hari tu.

Macam tu jugak aku tak berapa peduli bila Dr. Hasan Ali pun pernah sebut pasai dia ni pun tak berapa nak ada autoriti nak bagi label macam tu.

Tara Guru Pondok macam  Ust Abdullah Sa'amah kata pun pada aku tak berbalui nak layan pasai dia ni walaupun tok guru pondok tapi tara TG Nik Aziz pun dia sanggup kata sesat.

Tapi bila keluar dari mulut Ust Fathul Bari, tokoh Ulama' Muda Umno yang juga anak kepada bekas Mufti Perlis, rasanya dah tak patut kalau kita buat-buat tak dengar.

Pasainya istilah 'kafir harbi' ni bukan boleh dibuat main-main, satu istilah yang bawak maksud yang cukup berat. Ada ulama' yang mentakrifkan 'kafir harbi' ni sehingga tahap untuk hidup tak layak atau dalam bahasa mudahnya mesti diperangi dan dibunuh.

Agak-agak Ust Fathul Bari sanggup dak bertanggungjawab kalau ada yang buat gila pi bunuh pemimpin atau ahli DAP. Ataupun lebih teruk lagi kalau jadi macam kat Burma tu. Tobat lahon dia tak berani nak bertanggungjawab.

Majlis Fatwa Kebangsaan macam biasa akan buat-buat tak dengar, buat-buat tak nampak.

Lagi satu yang aku mushkil jugak, macamana boleh tokoh ulama' muda Umnoo ni boleh kata MCA "tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya", padahal kalau dalam bab hudud contohnya MCA pun tak pernah setuju.

Malah Presiden MCA sendiri pernah kata Adun Umno dari Johor 'hilang akal' bila Adun tu cadangkan Johor laksanakan undang-undang hudud.




Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...