Memang pun Jalur Gemilang si jalur malang? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 08, 2012

Memang pun Jalur Gemilang si jalur malang?

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.

Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Bercakap kepada Harakahdaily, Nizar berkata pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiringkan bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara. Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," tegas beliau ketika dihubungi hari ini. - Hrkh.  
Juga dilaporkan:
Isnin lalu, Nizar dalam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!".

Mengulas lanjut, Nizar berkata apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.

"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi. - Ibid.
Malang jalur gemilang cuma setakat orang tak berapa nak kibarkan ja kut tapi malang rakyat Malaysia dihina pasai bendera kebangsaan dekat nak sama macam bendera Amerika, negara paksi keganasan dunia.

Aku akan sokong sapa pun kalau mencadangkan rekacorak bendera Malaysia tu dikaji semula. Tak kira sapa, termasuk kalau ayah pin pun yang cadangkan aku tetap akan sokong.

Langsung tak timbul niat nak hina bendera Malaysia malah ramai orang yang teringin sangat nak tengok corak bendera Malaysia di tukar pasai takmau bendera negara kita terus dihina.

Apa salahnya kalau corak bendera Malaysia diubah jadi macam kat bawah ni...



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...