Raja Nazrin perli Zambry pasai boros dan bermewah-mewah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 08, 2012

Raja Nazrin perli Zambry pasai boros dan bermewah-mewah?

Bharian antara lain melaporkan:  
IPOH: Umat Islam perlu menghayati kesucian roh Ramadan dengan mengelak daripada melakukan pembaziran, bersifat boros serta riak bermewah-mewah dan bermegah-megah ketika menyambut Syawal, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini.

Baginda bertitah menahan nafsu lapar dan dahaga pada bulan Ramadan sewajarnya diperlengkap dengan kekuatan melawan nafsu membazir.

Baginda bertitah mengingatkan bahawa Islam menganjurkan kesederhanaan dalam semua perkara. - Bharian
Blog Perakitedaily melaporkan:
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak memohon penjelasan Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Jika dengan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah, adakah kerajaan negeri berhemat di dalam kos pembelian?

Kami mendesak ketelusan dan keterbukaan Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini kerana ianya melibatkan kewangan rakyat dan keyakinan rakyat. - Perakitedaily
Memang la, aku pun tak rasa ucapan Raja Nazrin perli Zambry. Mungkin Raja Nazrin taktau pun yang Zambry dan mesyuarat Exco luluskan pembelian tu.

Tapi. memang sapa pun tak boleh nafikan yang pembelian kereta baru serba canggih tu melambangkan sikap boros dan nak bermegah-megah.

Sepatutnya sempena bulan kemerdekaan ni, sepatutnya Zambry dan Kerajaan Negeri Perak kena tujukkan sifat patriotik.

Patutnya beli kenderaan berjenama tempatan macam 'nasihat' Umno BNZ macam depa nasihat Nizar masa dia jadi Menteri Besar dulu bila mesyuarat Exco luluskan pembelian kereta jenama Camry untuk kegunaan MB dan Exco.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...