Kerajaan Umno BN cari duit raya untuk pilihanraya? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 08, 2012

Kerajaan Umno BN cari duit raya untuk pilihanraya?

Keadilandaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 7 Ogos: Tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada bulan Ogos ini dalam Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas keputusan JPJ itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan kerajaan cuba mengambil kesempatan ke atas rakyat yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya.

“Saya pasti banyak saman akan dikeluarkan. Isunya adakah kadar kemalangan berjaya dikurangkan atau tidak,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Yusmadi, beliau sememangnya sangsi dengan sistem tersebut. Apatah lagi setelah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dipinda pada sesi Parlimen lepas, menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Katanya, kadar saman yang tinggi dan jumlah sasaran kutipan yang besar memperlihatkan niat kerajaan untuk mencari keuntungan berbanding mendidik pemandu. - Keadilandaily.
Apalah malang nasib rakyat Malaysia, saman pun dah jadi satu bentuk perniagaan sekarang ni, bisnes yang tentu punya tak rugi.

Aku berani jamin la kalau di semak 2 syarikat yang dapat kontrek yang tentu untung punya tu tentu punya ada kroni yang terlibat.

Yang lebih celaka lagi, Keadilandaily juga melaporkan:
Beliau memetik laporan akhbar The Edge, bahawa dua syarikat itu mensasarkan jumlah sepuluh juta saman dikeluarkan setahun. - Ibid.
Sepatutnya saman adalah untuk mendidik pengguna jalanraya tapi apa yang kerajaan pimpinan Umno BN buat ni nampaknya lebih kepada nak untungkan kroni dengan cara menyusahkan rakyat.

Tapi nak salahkan 2 syarikat tu pun tak boleh jugak pasai depa buat bisnes dan dah tentu la depa bukan saja takmau rugi tapi seboleh mungkin depa akan maksimakan keuntungan. Pasai tu la kut sistem ni akan mula dikuatkuasakan mulai 12 Ogos iaitu lagi seminggu menjelang Aidilfitri masa trafik mula sibuk pasai ramai yang nak balik kampung atau bercuti.

Dari sudut lain, mamang tak salah kalau ada yang kata kerajaan pimpinan Umno BN memang nak cari duit raya untuk pilihanraya dengan cara mengujudkan AES ni.

Aku cukup yakin 2 syarikat kroni tu akan menyumbang ke tabung pilihanraya Umno BN, kalaupun mungkin tak secara terus tapi kalau melalui 'proksi' tentu ada punya.

Takkan pemimpin Umno BN yang memang dah sebati dengan rasuah nak bagi kontrek yang tentu untung macan tu tanpa dapat duit kopi.

Memang la benda macam ni payah nak dibuktikan tapi aku yakin kalau dibuak kaji selidik tentu majoriti rakyat Malaysia yakin projek ni pun ada pemimpin Umno BN yang dapat habuan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...