Dr. Mahathir kambinghitamkan PakLah untuk tutup kelemahan sendiri | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 10, 2012

Dr. Mahathir kambinghitamkan PakLah untuk tutup kelemahan sendiri

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.

"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003. - Sinarharian.   
Tak habih-habih Dr. Mahathir ni nak kondem PakLah. Memanglah tak dinafikan sebagai Perdana Menteri PakLah memang lemah, bukan setakat lemah malah digambarkan PakLah suka tidur.

Tapi bela Najib dengan kata dia mewarisi kerajaan yang lemah dari PakLah sangat tak tepat pasai PakLah pun sebenarnya mewarisi kerajaan yang memang dah lemah. Kelemahan PakLah dia tak berjaya kuatkan kerajaan yang lemah yang dia warisi tu.

Kerajaan yang lemah tu PakLah warisi tak lain tak bukan dari Dr. Mahathir sendiri.

Aku yakin semua orang yang celik politik setuju yang Dr. Mahathir 'terpaksa' lepaskan jawatan dia kepada PakLah pasai dia yakin kalau dia masih lagi jadi PM sampai ke PRU11 Umno BN mungkin akan kalah.

Masa tu kebencian rakyat kepada Dr. Mahathir cukup memuncak sampai Dr. Mahathir digelar MahaFiraun, satu perlambangan yang cukup teruk untuk seorang ketua negara dari pandangan Islam.

Kalau betul Dr. Mahathir umumkan dia nak letak jawatan pada Jun 2002 tu pasai dia memang "dah lama dah" nak bersara dia takkan berlagak macam dia masih lagi PM walaupun dah lepaskan jawatan tu kepada PakLah, terutama sekali selepas kemenangan besar Umno BN pada PRU11.

Dan antara faktor keputusan PRU12 jadi paling teruk untuk Umno BN hasil kerjabuat Dr. Mahathir sendiri yang kritik kepimpinan PakLah dan ramai ahli dan penyokong yang tak undi calon Umno pasai terpengaruh dengan kritikan Dr. Mahathir.

Antara sebab utama Dr. Mahathir kritik PakLah gila-gila pasai banyak 'legasi' Dr. Mahathir yang PakLah cantas termasuk Jambatan Bengkok yang cukup menjolok mata. Termasuk juga mungkin pasai PakLah berjaya 'cantas' Mukhriz melalui menantu dia Khairy Jamaluddin.

Jadinya sangat tak kena Dr. Mahathir nak salahkan PakLah  saja. Patutnya dia salahkan diri dia sendiri lebih dari dia salahkan PakLah.

Sinarharian juga melaporkan:
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang." - Ibid.
Nampaknya Dr. Mahathir bukan saja salahkan PakLah tapi dia juga dah siap-siap sediakan alasan untuk digunakan kalau betul Umno BN tumbang pada PRU13 nanti. Moga-moga 'ramalan' Dr. Mahathir tu jadi kenyataan... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...