Azmin sebenarnya belasah Hasan ka nak belasah MB Selangor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 25, 2012

Azmin sebenarnya belasah Hasan ka nak belasah MB Selangor?

Konflik Azmin Ali dan Khalid Ibrahim di Selangor
Riuh dalam Sidang Dun Selangor hari Jumaat lepas bila Azmin Ali dedahkan yang Dr. Hasan Ali bermewah-mewah belanjakan sampai M300,000 untuk ubahsuai pejabat Exco.

Memang tak sepatutnya pun Dr. Hasan Ali gunakan duit sebanyak tu hanya untuk ubahsuai pejabat. Tambah-tambah sebagai wakil rakyat yang menang atas tiket PAS, memang sangat-sangat tak sesuai dengan imej PAS.

Aku yakin kes ni memang dalam pengetahuan PAS Pusat, dan mungkin menjadi salah satu alasan pasai apa PAS tak boleh simpan Dr. Hasan Ali sebagai ahli dan terpaksa pecat supaya Dr. Hasan Ali tak buat benda-benda yang lebih teruk lagi dan lebih menjatuhkan imej PAS.
Cumanya yang aku mushkilnya, pasai apa Azmin Ali dedahkan dalam sidang Dun kali ni. Kalau kata nak bagi damage kepada Hasan Ali memang la bolah tapi kesanya bukan saja kepada Hasan Ali tapi juga kepada PAS dan yang lebih teruk kepasa Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.

Aku lebih yakin sebenarnya Azmin Ali lebih kepada nak bagi bagi damage kepada Khalid. Semua orang tau yang sebelum ni memang ada konflik antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dan memang katanya Azmin mengidamkan kerusi Menteri Besar Selangor tu.

Semalam, Menteri besar Selangor jawab isu ni macam yang dilaporkan MalaysianInsider.

Khalid jawap Azmin isu Hasan Ali ubahsuai pejabar 300k
[Sumber: TMI]



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...