Video penjelasan isu terkini 2 solat Jumaat dalam satu kariah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 18, 2011

Video penjelasan isu terkini 2 solat Jumaat dalam satu kariah


MyNewsHub melaporkan:
KUALA TERENGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah tanpa kebenaran masih berlaku di beberapa daerah di negeri itu.

Baginda bertitah kejadian itu berlaku disebabkan tidak wujud persefahaman dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi.

“Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan.

“Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering di sini hari ini. - Mynewshub.
Kenyataan ni kalau tak salah aku, adalah kenyataan pertama dari Sultan Terengganu, Sultan Mizan yang baru habis kontrak sebagai Agong dan kembali semula jadi Sultan Terengganu. 
 
Sebelum kita komen apa-apa pasai isu recycle ni, elok kita dengar cerita versi PAS dulu. Mana adil dengar cerita sebelah pihak, kena dengar dua-dua belah pihak, baru boleh timbang-timbangkan. Kalau agak tak puas hati lagi, kena cari lagi maklumat lanjut dan lagi cantik kalau boleh dapatkan bukti. Lepas tu baru la betul kalau nak buat kesimpulan dan jatuh hukum pun.

Penceramah dalam video kat bawah ni adalah Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura merangkap Yang Dipertua PAS Dungun.

[Sumber imej & video: Buletinonline]







Kalau ikut kata member yang terlibat nak buat Masjid baru Pusat Bandar Parit Buntar (yang kontroversi) Jawatankuasa Pembinaan terpaksa dapatkan persetujuan dari masjid-masjid sekiar kawasan tu dulu, kalau tak pembinaan masjid tu tak boleh diluluskan.

Memang patutpun ada peraturan macam tu pasainya pembinaan sebuat masjid baru tentu akan bagi kesan kepada masjid sediada. Tambah-tambah pulak kalau nak buat masjid baru dalam kariah yang sama.

Taktau la pulak kalau kat Terengganu sana tak guna kaedah yang sama.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...