Bai'ah lawak Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Disember 04, 2011

Bai'ah lawak Umno


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 3 Dis – Perhimpunan Agung Umno 2011 membuat ‘sumpah bai’ah’ buat kali pertama dalam sejarahnya, dilihat mengikut amalan PAS, untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan Presidennya Datuk Seri Najib Razak menyifatkan ia sebagai “pilihan raya paling getir” bakal dihadapi mereka.

Dalam ucapan penggulungannya Najib (gambar) mendakwa negara akan berhadapan dengan tragis jika Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada DAP-PAS-PKR memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Kita berdepan dengan pilihan raya paling getir... untuk membuat pilihan paling getir yang akan menjadi penentu kepada sama ada akan menikmati masa depan yang terang, antara (mengekalkan kerajaan) Umno-BN dan (memilih) Pakatan... kita berdepan dengan tragis jika memilih Pakatan Rakyat,” kata beliau.

Pengerusi BN ini menambah, Umno membuat sejarah apabila buat pertama kali parti itu mengadakan ikrar atau “bai’ah” sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. - TMI.
Sebelum ni, Umno bersungguh-sungguh membelasah PAS bila bocor cerita calon PAS masa sebelum PRU2008 dulu ada buat bai'ah. Sungguh-sungguh depa belasah PAS yang katanya buat bai'ah jatuh talak isteri kalau lompat parti.

Depa punya belasah isu bai'ah tu sampai mencemarkan istilah bai'ah itu sendiri, sampai tahap ada blogger bangang penchachai Umno mempertikaikan bai'ah tu sendiri.

Hari ni tiba-tiba Umno sendiri mengiktiraf keperluan untuk berbai'ah. Elok la tu, benda yang baik memang elok ditiru dan tak payah malu tiru benda yang elok.

Cumanya, aku nampak benda lawak dalam bai'ah Umno masa PAU kelmarin tu.

Ikrar itu berbunyi:
“Kami orang Umno, berikrar untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.

“Kami orang Umno berjanji taat setia kepada parti dengan memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Presiden untuk memimpin kita mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya nanti.

“Kami orang Umno bersumpah untuk bekerja dengan gigih, tersusun dan teratur, berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t, bagi memastikan kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kami orang Umno berikrar untuk memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding dalam pilihan raya nanti.”
Berapa orang pemimpin Umno yang boleh buat macam yang depa bai'ah tu. Kalau takat sebut di bibir boleh la, tapi nak buat, puak-puak Umno kut kampung yang karat biru pun payah nak jumpa yang sanggup buat macam tu.

Sejak bila orang Umno sanggup nak "berjihad dan berinfaq di jalan Allah s.w.t..."

Kalau takdak 'Kepala Agung' turun jangan harap la pondok panas Umno nak meriah, nak berdiri pun belum tentu...

Pasai tu la kut depa tak berani nak buat bai'ah macam bai'ah PAS, kalau buat jugak  ramai la wanita Umno yang jadi janda, dah tentu jatuh talak punya la..

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...