Terima kasih Ust Kamal Saidin (ust Umno), lain kali buat la lagi... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 05, 2011

Terima kasih Ust Kamal Saidin (ust Umno), lain kali buat la lagi...


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Umno dilihat berada dalam keadaan terdesak serta bertekad memperjudikan agama Islam apabila sanggup menghina hukum hudud di pentas kendalian MCA.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkely Ahmad yang dihubungi Harakahdaliy memberitahu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin amat mengejutkan dan mengecewakan.

Mohd Kamal Sadin semalam dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Beliau yang bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

Bagi Dr Dzulkefly, sepatutnya seorang yang mempunyai latar belakang agama perlu menyemarakan nilai-nilai murni Islam terutamanya hukum hudud dengan menonjolkan perkara-perkara yang baik sebagai menghilangkan kesangsian orang bukan Islam.

"Perkara yang perlu dilakukan olehnya, sepatutnya menghilangkan kesangsian orang bukan Islam tentang sebenarnya hudud bukannya memperlekehkan kemuliaan hukum tersebut.

"Perkara yang ditimbulkan oleh beliau itu sudah dijelaskan sewaktu di parlimen dan juga oleh tokoh-tokoh ulama, tetapi apa yang dilakukan oleh beliau adalah sebaliknya sehinggakan sanggup memperjudikan hukum Allah dan juga agama Islam," jelasnya yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. - Hrkh.
MCA tak suka dan tak setuju dengan Hudud semua orang tau dan bagi aku itu bukan masalah. Memang tak heran kalau depa tak setuju pasainya kemungkinan besarnya depa tak faham pasai hudud. Kalau depa faham pun, aku masih tak heran kalau depa tetap tak setuju pasai Hudud ni benda agama yang melibatkan bab keimanan yang cukup mudah menimbulkan persepsi negatif untuk penganut agama lain.
 
Yang aku tak boleh terimanya bila ada orang Islam sendiri belasah Hudud, bagi imej buruk kepada undang-undang Hudud, dan lebih lagi aku tak boleh terima bila kerja CELAKA tu dibuat depan orang kafir.

Cumanya, bila dikenangkan orang yang buat kerja CELAKA tu Ust Kamal Saidin, antara spesis 'rare' dalam Umno yang memang sejak dulu lagi suka cakap bab hukum guna kepala otak udang dia, aku langsung tak heram.
 
Puak-puak 'rare' ni terpaksa berani buat kenyataan kontroversi macam tu untuk dapat perhatian dan promosi, kalau takat cakap benda-benda biasa, memang nama depa akan tenggelam. Tambah lagi la kalau depa bercakap berdasarkan pendapat ijma' ulama', tentu punya depa kena cantas pasai akan bunyi macam ustaz PAS.

Dalam insiden CELAKA tersebut, yang untung adalah MCA. Ustaz Umno dah jadi macam kuda kepada MCA. Depa memang diperkuda oleh MCA untuk mengiyakan apa yag pemimpin MCA cakap pasai hukum hudud selama ni. MCA memang untung besar pasai ada modal yang cukup menarik untuk jadi senjata kempen depa kepada orang cina.

Apa pun, aku sebenarnya amat berterima kasih kepada Ust Kamal Saidin pasai berani buat kenyataan macam tu di dalam majlis macam tu.

Kerja CELAKA ustaz Umno ni memudahkan PAS untuk ambil sebagai contoh untuk bagi 'bakal pengundi PAS' faham perbezaan antara PAS dengan Umno dan perbezaan pegangan dan pendekatan PAS dengan Umno.

Kejadian CELAKA tu jugak menggambarkan realiti sebenar Ust Fathul Bari, anak bekas mufti Perlis yang cuba diangkat sebagai ikon ulama' muda Umno. Tak tara nama bezanya ustaz muda ni dengan ustaz 'senior' dalam Umno yang lain. Depa ni memang takdak upaya untuk laksanakan 'nahi mungkar' walaupun terang-terang berlaku depan mata dan dia ada kuasa untuk cegah kemungkaran dia dengan mulut dia pasai ust muda ni pun adalah ahli panel dalam program tersebut.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...