Patut ka kita bagi sedekah kat pengemis macam ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 07, 2011

Patut ka kita bagi sedekah kat pengemis macam ni?

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni orang Islam memang digalakkan sangat untuk banyak bagi sedekah dan ganjaran pun berkali ganda berbanding bulan-bulan lain.
 
Cumanya, aku rasa kita kena pilih jugak kepada sapa yang kita nak bagi. Tambahan pulak akhir-akhir cukup banyak cerita pasai 'orang miskin jadian' yang mintak sedekah. Realitinya lagi ramai yang miskin yang lebih patut terima sedekah tapi depa ni bukan peminta sedekah.
 
Dalam TV beberapa hari lepas pun ada cerita pasai pendatang asing gunakan OKU untuk minta sedekah sebagai punca pendapatan dan ada yang kata depa boleh dapat lebih RM2k sebulan.

Kat bawah ni aku paparkan gambar yang aku cilok dari blog Mazidul Akmal Sidik. Hangpa tengok sendiri, patut dak orang macam ni dibagi sedekah.


Macamana pulak kalau orang yang macam gambar kat bawah ni?


Sebelum buat apa-apa andaian elok hangpa baca sendiri apa yang Mazidul tulis kat sini dan lepas tu pendedahan dia seterusnya kat sini.

Kalau hangpa ada duit lebih, aku cadangkan hangpa bagi kat sini, sangat telus lengkap dengan cerita ke mana sumbangan hangpa tu disalurkan dan aku sendiri bagi jaminan sumbangan hangpa sampai ke tangan pihak yang sewajarnya.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...