Kami perlukan RM82k untuk projek Ramadhan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 29, 2011

Kami perlukan RM82k untuk projek Ramadhan

Portal PAS Parit Buntar melaporkan:
PARIT BUNTAR , 29 Julai : Program Infaq Ramadhan Al Mubarak Kawasan Parit Buntar merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh PAS Kawasan Parit Buntar serta Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.

Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa berkata, program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan di sekitar Parlimen Parit Buntar sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba.

“ Beberapa golongan yang dikenalpasti pihak kami akan salurkan bantuan iaitu fakir miskin, anak yatim, mualaf, pesakit di hospital, masjid, pegawai masjid , guru al - Quran dan guru Pasti

“ Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk tahun ini adalah sebanyak RM 82,000.00. Sumbangan yang disalurkan adalah berbentuk barangan keperluan untuk sambutan Eidul Fitri, jamuan anak yatim dan wang ringgit” katanya

Bahrain berkata, sumbangan dari orang ramai, ahli korporat dan pihak swasta diperlukan bagi menjayakan program ini.

“ Sumbangan ini amatlah bertepatan dengan amalan sedekah amal jariah khususnya untuk menjalani ibadah bulan Ramadhan. - PAS Parit Buntar.
Bila dengar jumlah RM82k tu, ada yang terkejut, ada yang kata berlagak, malah ada yang kata PAS Parit Buntar buang duit, lebih baik duit sebanyak tu digunakan untuk pilihanraya.

Aku malas nak berhujjah balik. Kat bawah ni aku perincikan macamana boleh dapat angka RM82k tu.

1) SUMBANGAN UNTUK MASJID DAN SURAU
      - Masjid ( 26 x RM 200 ) = RM 5,200.00
      - Surau ( 120 x RM 100 ) = RM 12,000.00

2) SUMBANGAN UNTUK PEGAWAI MASJID
      - 250 X RM 18.00 = RM 4,500.00

3) SUMBANGAN UNTUK PESAKIT HOSPITAL
      - 100 X RM 30.00 = RM 3,000.00

4) SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN
      - 300 X RM 80.00 = RM 24,000.00

5) SUMBANGAN UNTUK ANAK YATIM
      - 220 X RM 70.00 = RM 15,400.00

6) SUMBANGAN UNTUK GURU PASTI
      - 26 X RM 220.00 = RM 5,720.00

7) SUMBANGAN UNTUK GURU AL- QURAN
      - 150 X RM 40.00 = RM 6,000.00

8) IFTAR PERDANA BERSAMA ANAK YATIM
      - 700 X RM 10.00 = RM 7,000.00

JUMLAH BESAR = RM 82, 820.00

Hangpa tengok sendiri, hangpa nilai sendiri, padan ka dak dengan jumlah RM82k tu. Cumanya, aku nak tekankan yang PAS Parit Buntar buat anggaran tu berdasarkan keperluan semasa dan setempat. Senang ceritanya, selepas dibuat SWOT analisis.

PAS Parit Buntar amat-amat sedar, bukan mudah nak himpun dana sebanyak tu. Jadinya, sumbangan dari para dermawan sangat-sangat diharapkan.
Orang ramai yang ingin membuat sumbangan untuk program infaq Ramadhan boleh disalurkan wang tunai, cek, dan wang pos melalui akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad bernombor 0801-0000839-71-1 di atas nama ‘Jawatankuasa Dana JPR Parit Buntar’.

Segala jasa baik penderma yang membantu menghulurkan sumbangan amatlah kami hargai. - Ibid. 
Bukan saja dalam bentuk wang ringgit, tapi dalam bentuk lain pun diterima. Mana tau kalau ada yang nak sumbangkan seekor lembu ataupun nak sumbangkan beras untuk jamuan bukak puasa bersama anak yatim.

Ataupun ada yang nak sumbangkan 250 helai kain pelekat untuk Pegawai Masjid atau 26 helai kain batik untuk Guru PASTI pun kami terima.

Senang ceritanya sumbangan dalam bentuk apa pun insyaallah kami terima. Kalau tak sesuai 8 jenis sumbangan yang kat atas tu, kita boleh fikirkan yang sesuai.

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi Pengarah Program Infaq Ramadhan PAS Parit Buntar, En. Abdul Bahrain Desa ( 012-4423941 )


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...