DAP tuntut 3 kerusi tambahan di Kedah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Ogos 07, 2011

DAP tuntut 3 kerusi tambahan di Kedah?

Dah lama aku tak bukak Forum Gerak Reformasi, satu forum Reformasi yang cukup lama bertahan. Aku tak pasti sejak bila tapi lama dah, mungkin masa awal Reformasi digerakkan dulu kut.

Apa pun, aku termasuk tadi pasai ada link dari forum tu masuk ke blog aku.

Kat dalam tu ada yang tulis pasai mesyuarat pengagihan kerusi Pakatan Rakyat Kedah untuk PRU13:
Pada 31.07.2011 hari Ahad lepas Pakatan Rakyat Kedah. PAS KEADILAN dan DAP telah mengadakan mesyuarat pengagihan kerusi untuk Pilihanraya yang akan datang. PAS diwakili olih Senator Yusof Hussain,YB fakharolrazi dan YB Dato Amiruddin Hamzah manakala Parti KEADILAN pula diwakili Pengarah JPRN Senator Saifol Izham, Ir.Zamri dan En.Othman. Rundingan diadakan dengan semangat muhibbah dan tiada perbalahan antara PAS dan KEADILAN. PAS akan bertanding 8 kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN. Parti KEADILAN pula akan bertanding 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. Parti DAP diperuntukkan 1 kerusi DUN. DAP meminta 3 kerusi tambahan. Perkara tuntutan ini akan diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat. Bila Pilihanraya hendak diadakan ? Pendek kata bulan 11.Ranjit sekarang sibuk..ke hulu ke hilir.. nak sembang dengan mekyah pun ta'da masa.... FGR
Tak tau la betul ka dak, aku pun belum semak lagi dengan sumber di Kedah. Lepas semak kalau tak betul baru sedap belasah. Tapi kalau baca entry tu nampak macam betul.

Apa pun, kalau ikut apa yang Ranjit Singh tulis tu, mesyuarat tu berjalan dengan semangat muhibbah. Elok sangat la kalau macam tu, Cumanya takdak pulak dibagitau 3 kerusi mana DAP minta tu.

Aku harap sangat macam yang aku tulis sebelum ni pasai isu pembahagian kerusi ni, kalau perlu bertengkar, berbalah atau bergaduh sekali pun, tolong jangan disimpan lama, elok bergaduh sekarang. Lagi awal bergaduh lagi ok. Lagi awal bergaduh, lagi cepat penyelesaian boleh dicari dan kesannya pun tak teruk mana.

Jangan sampai bila dah bubar parlimen baru sebuk nak bergaduh. Masa tu mungkin dah tak sempat nak cari jalan penyelesaian dan tentu punya akan bagi kesan yang besar kepada peluang untuk menumbangkan calon BN.

Apa pun, aku yakin kerusi yang DAP minta tu kerusi PKR, kerusi yang wakil rakyat bertukar jadi 'katak'

Menarik jugak kalau DAP bertanding kerusi Kulim Bandar Baharu, mungkin DAP boleh letak calon melayu kat situ.

Apa pun, terima kasih kepada admin FGR pasai bubuh link blog Cenangau Daunkari ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...