Badan HISBAH untuk pemimpin PAS | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 05, 2011

Badan HISBAH untuk pemimpin PAS

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Majlis Syura Ulamak dicadangkan supaya membuat odit kepada setiap anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan dinilai setiap masa demi kepentingan PAS.
 
Odit ini pula hendaklah digunakan untuk membuat pembetulan terhadap semua mereka dan jika perlu mereka yang berkenaan dipanggil untuk diperbetulkan.
 
Cadangan ini dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika membuat ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke 57 hari ini.
 
Mohamad Sabu dipercayai menjawab secara praktikal isu ulama dan Majlis Syura Ulama.

Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Haron Din ketika membuat ucapan penggulungan selepas itu membuat respon secara spontan cadangan Mohamad Sabu itu.

Bagi beliau, inilah kali pertama cadangan dibuat kerana sebelum ini hanya pengharapan dibuat dalam bentuk mahukan Majlis Syura diperkasakan.

Walaupun cadangan ini sepatutnya dibuat kepada badan odit tetapi beliau yakin cadangan ini boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh Majlis Syura. - Hrkh.
Bang Mat Sabu ni sebenarnya aku rasa nak gunakan istilah HISBAH tapi takut pulak ada yang terasa terutama sekali kerajaan negeri Kelantan dan Kedah yang PAS perintah yang tah bila nak buat HISBAH ni pun taktau macam yang Terengganu buat masa PAS perintah sepenggal dulu.

Kerajaan negeri-negeri tu bukan di bawah kuasa dia tapi  di bawah kuasa Menteri Besar masing-masing. Cakap dah lama dah dia cakap.  Penat pulak nak menjawab kalau media pencacai Umno pick-up isu ni.

Jadinya sementelah dah pegang Timbalan Presiden PAS ni memang patut sangat dia cadangkan diujudkan badan HISBAH tu untuk pantau pimpinan PAS dan memang Majlis Syura' yang paling sesuai kendalikan badan tu.

Memang satu cadangan yang sangat-sangat baik, tambahan pulak selepas kerusi Timbalan Presiden pertama kali orang yang bukan berpendidikan agama pegang dan mungkin di masa depan kerusi Presiden pulak orang bukan berpendidikan agama pegang. Valur added untuk tambahkan keyakinan kepada pemimpin PAS yang bukan dari aliran pendidikan agama.

Aku harap, badan HISBAH ni bukan buat semakan kepada AJK PAS Pusat saja tapi jugak pimpinan di peringkat negeri dan kawasan jugak terutama sekali di negeri-negeri yang kita perintah yang terbuka banyak peluang untuk salahguna kuasa dan penyelewengan.

Lepas ni kalau pimpinan PAS tiba-tiba boleh pakai kereta mewah dan boleh duduk rumah besar, ahli dan penyokong di peringkat bawah ni boleh dengan selesa ber'khusnuz-dzon' pasai dah ada badan HISBAH yang tentu punya dah teliti benda-benda macam tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...