Mampukah PAS gerakkan 300,000 ahli untuk Bersih II? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 06, 2011

Mampukah PAS gerakkan 300,000 ahli untuk Bersih II?

Muktamar PAS yang berakhir semalam meluluskan usul untuk hantar sasaran 300,000 peserta dari PAS saja. Satu sasaran yang pada aku sangat tinggi. Walaupun keahlian PAS ada yang kata melebihi sejuta orang aku taktau berapa sebenarnya ahli PAS yang terkini yang masih aktif.

Kalau betul ada lebih 1juta maknanya 30% nak kena pas gerakkan. Kalau ditolak dengan ahli yang tak berapa nak sihat, ahli yang ada kekangan kerja dan yang ada macam-macam masalah yang memang tak boleh nak elak, maknanya kalau nak dapat sasaran tu PAS kena gerakkah sungguh-sungguh, pastikan semua ahli yang takdak 'keuzuran syarie' turun untuk himpunan kali ni.

Satu usaha yang walaupun tak mustahil tapi memang cabaran yang cukup berat. Tapi dengan semangat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru bersama 3 general gedebe PAS, Salahuddin, Husam dan Mahfuz, aku yakin sasaran ni memang boleh direalisasikan.

Kalau tengok meter countdown yang ada kat blog aku ni (masa posting entry ni) masa cuma tinggal 33 hari dan 5jam saja lagi untuk sampai ke masa himpunan tu, jam 2petang 9 Julai 2011. Dah tak lama mana dah.

Jadinya, dah memang patut mula cari bas mana yang nak di tempah atau mungkin 'sewa' gerabak gabi yang lebih selesa naik keretapi. Bagi yang nak pi guna kenderaan sendiri, kena pastikan setiap tempat duduk dah ada penumpang.

Kena pastikan semua orang yang ada disekeliling kita yang benci Umno BN dah pasang niat untuk pi himpunan tu. Ahli keluar ga kita, kaum kerabat kita, jiran tetang kita, teman setempat kerja, geng melapok kedai kopi, semua dipastikan akan turun.

Kita nak kena kumpulkan seramai mungkin untuk tunjukkan yang kita bukan main-main dengan tuntutan kita kepada SPR kali ni.

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain.

"Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah.

"Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih.

Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004.

Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN).

"Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus.

"Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya.

Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja.

"Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar).

"PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen.

"Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya. - Hrkh.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...