Dimana Tuan Ibrahim Tuan Man selepas pemilihan 2011? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Jun 05, 2011

Dimana Tuan Ibrahim Tuan Man selepas pemilihan 2011?

Oleh:PuakPas  
 
Itu pertanyaan yang berpusing di kepala aku sebelum pemilihan. Namun bila keputusan tidak memihak kepadanya aku rasa lega, kerana Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) sepatutnya berada disini bukan disitu.

Dengan keperibadian dan krisma yang dimiliki oleh TITM, sepatutnya TITM dipilih oleh majlis syura sebagai Tim. Mursyid Am PAS untuk mengantikan Harun Din.

Terus terang aku nyatakan, bahawa majlis syura PAS tidak diuruskan dangan sempurna, sedangkan kepentingan dan kedudukan majlis syura kepada parti PAS amat mendesak. Rata-rata ahli dan pimpinan PAS tidak memberi perhatian kepada kedudukan dan peranan majlis syura dan Mursyid am dalam hiraki PAS. Pengabaian ini akan meninggalkan kesan yang amat negatif kepada PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Dalam pemilihan yang lepas, PAS telah membuktikan bahawa parti Islam ini bukan sahaja parti orang kampung dan guru pondok, bahkan parti yang dimiliki oleh kepelbagaian latar belakang. Mereka begitu bersemangat untuk memberikan khidmat terbaik kepada PAS.

Badan untuk mengawal dan memberi nasihat kepada pengurusan parti amat perlu digerakkan, supaya parti tidak mudah disalahgunakan atau dijadikan tempat mengaut kepetingan. Bahkan majlis syura dan Mursyid am berfungsi sebagai rujukan dan penyelesai kepada masalah yang timbul dalam parti, bahkan menjadi orang tengah kepada perselisihan dalam parti.

Sebagai suatu contoh, dalam pemilihan lepas terdapat tanda-tanda awal penyakit, namun tidak membarah. Bukan sahaja ahli parti yang dirasuk hantu syiatan, bahkan orang luar juga terlibat memasang bara api untuk menyemarakan permusuhan bodoh dalam parti.

Pernah dalam satu masa, Presiden parti telah dihina dan dipariyahkan, namun tiada badan yang memberi nasihat atau memberi amaran secara langsung kepada mereka yang terlibat.

Pemilihan TITM diharapn mengembalikan sinar dan nur yang telah malap dalam majlis syura yang dipimpin TGNA(aku yakin bahawa TGHH adalan insan yang paling layak untuk mengantikan TGNA sebagai mursyid am).

DENGAN INI AKU MENCALONKAN KEPADA MAJLIS SYURA SUPAYA TUAN IBRAHIM TUAN MAN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MURSYID AM.

TAKBIIIIIIIIIR!.



Sumber: Komen blog aku

p/s. Lain kali kalau rajin nak menulis, tulis dan emailkan kat aku, kalau sesuai aku upkan jadi posting.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...