Apa pulak akai Harussani kali ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 24, 2011

Apa pulak akai Harussani kali ni?

Tah macamana tiba-tiba Harussani boleh terima pulak pelawaan untuk berjumpa dengan TG Nik Aziz macam yang Dewan Pemuda PAS Perak cadangkan dulu.
   
Punya la lama dah DPP Perak buat cadangkan tu, dan Harussani pun dah kata dia tak perlu jawab soalan TG Nik Aziz yang tanya bila TG Nik Aziz ada kata undi PAS masuk syurga, tiba-tiba dia boleh bersetuju pulak cadangan DPP untuk pertemukan dia dengan TG Nik Aziz.

Harakahdaily melaporkan:
IPOH, 23 Mac: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagaimana yang diusahakan Dewan Pemuda PAS negeri.
 
Beliau mengambil pendekatan meraikan hasrtat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam.

Harussani menyatakan jabatannya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak.

“Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian terhadap apa-apa isu yang diketengahkan,” ujarnya di dalam surat kepada Pemuda PAS negeri. - Hrkh
Kalau betul dia ikhlas nak jumpa dengan Nik Aziz, dia tak sepatutnya tunggu macam tu punya lama. Surat cadangan tu DPP Perak dah lama dihantar, 7 Mac hari tu lagi. Maknanya lebih 2 minggu baru dia jawab surat tu.

Takkan dia baru terima kot. Tak munasabah Pos Malaysia hantar surat lambat sampai macam tu sekali. Lagi pun, DPP Perak bukan hantar surat tu senyap-senyap tapi siap bagitau kat Harakah lagi, heboh satu Malaysia.

Jadinya, aku yakin Tok Mufti Perak ni 'dapat arahan' dari 'orang atas' supaya setuju jumpa TG Nik Aziz. Dan aku yakin, tentu punya depa dah ada rancang sesuatu. Sesuatu tu apa, aku taktau, tapi aku yakin sangat mesti ada punya.

Tapi, bila fikir-fikir balik, tak ada apa yang perlu dirisaukan, pasainya TG Nik Aziz bukan calang-calang punya ahli politik. Dia dah masak sangat dengan sepak terajang politik Umno dan puak-puak pencacai Umno BN.

Aku yakin, walau apa pun rancangan puak-puak tu, akhirnya PAS akan dapat political mileage hasil pertemuan tu. Insyaallah. Amin.

Lagi satu, kalau boleh aku nak cadangkan kat TG Nik Aziz, kalau Harussani jawab bunyi macam Umno, jangan lupa suruh dia letak jawatan mufti dan bertanding pilihanraya. Suruh dia bertanding di tempat asal dia, Parlimen Parit Buntar. Unmo Parit Buntar tentu tak tolak punya kalau Harussani nak bertanding di sini.

Sebelum ada yang komen kata tak elok aku "suuz-dzon" dengan mufti, aku nak bagitau yang aku memang bersangka buruk dengan mufti sorang ni. Bukan masalah tinggi rendah ilmu, tapi kerja buat dia selama ni; kerja buat dia sebagai mufti dan juga kerja buat dia dengan kulaan dia di kampung.

Bagi aku memang patut aku bersangka buruk dengan Harussani ni. Tambah-tambah pulak katanya dia ni bekas SB. Kalau SB pencen boleh tahan lagi, tapi SB yang naik pangkat jadi mufti...

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...