Harussani akan bertanding di Parit Buntar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 05, 2011

Harussani akan bertanding di Parit Buntar?

Menarik jugak kalau betul mufti Perak letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya. Dan kalau dia nak bertanding, takdak tempat yang paling sesuai melainkan di kerusi Parlimen Parit Buntar.

PASPB melaporkan:
“ Jika beliau teruja hendak membuat kenyataan mengenai politik di Malaysia, tidak ada masalah. Tapi jangan hanya membabitkan parti PAS dan Pakatan Rakyat sahaja.

“ Beliau kena juga menyatakan hukum berkaitan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sedang merasuah pengundi-pengundi di Dun Kerdau dan Merlimau secara terang-terangan”katanya

Menurutnya , sekiranya Mufti Perak sudah tidak mampu bersikap adil dan ingin menyebelahi Umno beliau seharusnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak .

“ Saya syorkan Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai Mufti kalau ingin berpolitik. Malah beliau dialu-alukan bertanding di Parit Buntar atas tiket Umno BN. - PASPB
Realitinya, dalam keadaan Umno Parit Buntar takdak calon yang berwibawa untuk lawan dengan PAS elok jugak Umno Parit Buntar 'meminang' Harussani jadi calon Umno di Parlimen Parit Buntar.

Kalau nak harap calon yang dok ada, memang susah sikit. Pasai tu la masa PRU2004, Umno terpaksa turunkan calon payung terjun Brig Gen (B) Abdul Hamid Zainal Abidin untuk lawan Dr. Hasan Ali. Pasainya, standard Parit Buntar, Umno kena letakkan calon yang ada latarbelakang agama, baru boleh tarik sokongan orang banjar yang rata-rata lebih cenderung kepada Islam.

Kalau Umno letak Harussani, 'bekas mufti' jadi calon, susah hati jugak Dr. Mujahid aku rasa. Walaupun masa PRU2008 dia menang majoriti lebih 7ribu, kalau kena caranya, senang-senang ja undi tu patah balik kepada Umno. Lagi pun masa PRU2004, Hamid boleh menang dengan majoriti 4ribu lebih walaupun PRU1999 sebelum tu Dr. Hasan menang majoriti 2ribu lebih.

Lagi satu, Harussani memang orang Parit Buntar. Ramai 'kulaan' dia ada kat sini. Dalam Umno pun ada walaupun lebih ramai dalam PAS. Takkan dia tak boleh tarik sokongan adik-beradik dia. Kecuali la kalau dia ada buat tak elok kat adik-beradik sendiri.

Lagi pun, takkan Umno masih nak letakkan Rahman Suliman lagi jadi calon? Kalau Rahman Suliman jadi calon lagi, PAS tak payahh buat kerja pun aku yakin PAS boleh menang mudah.

Cuba bayangkan, kalau dia menang, Parit Buntar sekali lagi catat sejarah, sebagai kawasan pertama ada wakil rakyat bekas Mufti.

Apa macam? Ada berani?








Jawapan TG Nik Aziz kepada Ust Harussani


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...