Solat hajat bermula, Hj Tempirai senyum saja | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 14, 2010

Solat hajat bermula, Hj Tempirai senyum saja

Ustaz Ahmad Awang dah ambik keputusan meneruskan rancangan Solat Hajat 7 malam berturut-turut bermula semalam di Balai Tasawwur Islam di sebelah rumah dia di Semanggol.


Untuk maklumat lanjut boleh baca di blog Politik Banjar.


Dalam pada tu, Ahli Parlimen Bagan Serai tu membuat penampilah pertama di depan wartawan di Ipoh semalam. Dalam sidang media tu dia bertegas takkan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai dan dia juga menyatakan takkan menyertai BN
“Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya,” kata beliau dipetik Bernama.

“Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Anggota Parlimen mereka... tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai),” katanya di sini hari ini.

Mohsin Fadzli berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengalu-alukan jika beliau berhasrat menyertai parti komponen BN. - MalaysianInsider

Apakah dia akan dapat balasan 'cash' hasil solat hajat tu macam hasil solat Istisqa' TG Nik Aziz baru ni. Ataupun mungkinkah dia akan dapat 'anugerah' istidraj dari Allah yang maha berkuasa.

Setakat ni dia langsung tak dilihat gerun dengan solat hajat tu. dan masih boleh bersukahati.

Aksi Hj Mokhsin. (Sumber: Ajijoi)

Kita tunggu lagi seminggu sampai genap 7 malam, apakah dia masih boleh bersukaria..



Nota kaki makan cekam: Kalau Hj Mokhsin letak jawatan adakah PAS akan dibenarkan letak calon?


Media Pengiklanan Baru 
Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...