Janji jawab, nampak bangang pun takpa. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mac 20, 2010

Janji jawab, nampak bangang pun takpa.

Bagi aku ni jawapan orang bangang. Taktau la kalau ada orang lain yang bokeh bersetuju dengan jawapan Pak Menteri ni. Kalau macam ni tahap jawapan menteri, JKKK kampung aku yang tak reti kayuh basikal pun boleh jadi menteri. Apa nak susah, janji jawab, betui ka dak, waima jawapan bangang sekali pun peduli apa, janji jawab.

Utusan melaporkan:


Tidak senada tetapi boleh duduk semeja (dari kiri) Zulkifli Noordin, Mohamed Nazri Abdul Aziz, Nasharuddin Mat Isa, Taib Azamudden Md. Taib , Salahuddin Ayub dan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan akan hanya meneruskan sistem sedia ada seperti mengadakan kempen menyedarkan rakyat yang layak untuk mengundi supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, ini kerana sistem pendaftaran pengundi secara automatik seolah-olah memaksa rakyat untuk melakukan perkara di luar kerelaan mereka dan ia bertentangan dengan pendirian kerajaan.

“Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan kebebasan untuk berpersatuan, kebebasan bersuara dan kebebasan untuk membuat keputusan.
“Kita anggap jika mereka tak mahu daftar, itu salah satu pilihan mereka untuk tidak mahu ambil bahagian, bukan macam sebelah sana (pembangkang) yang suka memaksa,” katanya. - Utusan
Aku takdak maklumat berapa selama ni SPR belanja untuk kempen suruh orang daftar sebagai pengundi. Kalau ikut standard Umno dah tentu juta-juta kalaupun bukan berpuluh juta. Dah la hasil macam takdak pun. Yang daftar sendiri kat pejabat Pos tak ramai mana pun. Berjuta lagi yang tak mendaftar. Membazir duit jaa.

Kalau duitKalau depa setuju dengan cadangan sistem pendaftaran pengundi secara automatik kan ka senang. Selesai masalah. Aku rasa duit untuk kempen yang selama ni dibuat tu cukup untuk tampung kos sistem baru tu, lagipun memang selama ni pun SPR dengan JPN dah ada 'link data'.

Yang tak tahannya bila Pak Menteri tu guna alasan “Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang." Macamana boleh dia  paham kalau guna sistem tu kita paksa orang. Yang buat semua kerja tu tentuolah sistem tu. Paksa mai kut mana pulak. Lain la kalau kita paksa orang mengundi, yang tu aku pun tak setuju. Ikut suka hati depa la nak mengundi ka dak. Pandai-pandai la orang politik nak kempen depa bila sampai masa mengundi nanti. ⊗

Nota kaki makan cekam: Gambar atas tu saja aku sopy paste sekali. Sekadar gambar hiasan, takdak kena mengena dengan tajuk dan isi.


Baca Email dapat cash
Program affiliate paling menarik aku pernah jumpa.
Affiliates domain. $0.10 USD for every referal
Iklan text di sini, cuma RM10

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...