Hari ini, Pas tidak ada kuasa. Jadi, pemuda terbabit tidak boleh tangkap sesiapa saja yang dilihat cuba mengkritik Pas.Aku tak berminat nak capur dalam 'perdebatan' depa berdua, aku cuma minat dengan idea 'Islamic Security Act (ISA)'. Mungkin bunyi agak nakal sikit tapi pada aku hakikatnya nampak macam tu. Sekurang-kurang itu persepsi yang aku dapat.
Mungkin kerana itu, beliau menggunakan Islamic Security Act (ISA) yang dianggap wujud dalam dogma Pas; dengan melabelkan orang itu dan orang ini sebagai ‘tidak wala’, ‘tidak thiqoh’, ’selalu bersangka buruk’, ‘tidak ada adab’ dll ke atas mereka yang mengkritik Pas.
Pemuda terbabit menggunakan akta-akta aneh lagi kurafat tersebut kerana Pas tidak ada Polis, Mahkamah dan kerajaan federal lagi.- instinctive
Lagi satu ayat yang tak kurang polular bila ada pihak yang nak mengkritik jamaah, selalu disuruh gunakan 'saluran dalaman'. Aku pernah tulis sikit pasai ni kat sini sebagai contoh.
Masalahnya setakat mana berkesannya 'saluran dalaman' ni. Kalau tengok Jawatankuasa Disiplin sebagai salah satu saluran dalaman nampaknya terlalu perlahan. Kes Dr. Hasan Ali dan YB Khalid Samad dah berlarutan berapa bulan tapi belum selesai jugak lagi.
Dalam era 'media baru' ni, Pas sepatutnya gunakan ruang yang 'media baru' sediakan ni untuk menggalakkan lagi proses pencerahan dan percambahan minda. Pas sepatutnya melalui Lajnah Penerangan dah ada satu pasukan untuk cuba menguasai perdebatan di ruang media internet.
Berapa ramai ahli Pas lulusan dalam dan luar negeri samada yang berkelulusan bidang agama ataupun profesional yang aku rasa bersedia berkhidmat untuk tu. Buat satu forum tertutup untuk pasukan ni, ajak depa bincang secara berkala apa-apa isu hangat di dunia maya dan macamana cara nak berhujjah untuk ditangani.
Kalau kita asyik guna ayat ‘tidak wala’, ‘tidak thiqoh’, ’selalu bersangka buruk’, ‘tidak ada adab’ dan yang sewaktu dengannya tu, apa yang Pas boleh dapat. Takkan Pas nak semua orang Pas jenis angguk-angguk geleng-geleng dengan apa saja yang pimpinan cakap.
Tambah pulak bila 'berhujjah' di dalam 'media baru' yang medannya bukan sekadar untuk ahli Pas saja, takkan kita nak harap yang bukan ahli Pas pun nak wala', thiqoh, dan bersangka baik dengan pimpinan Pas, depa sapa?
Berkaitan
Media Pengiklanan Baru
Baca Email dapat cash