
Masa mula-mula menang dulu aku memang bercadang sempena 100 hari perintah aku nak mula 'komen' PAS Perak tapi atas 'nasihat' 'mentor' aku, aku tangguh dulu. Tak berapa sesuai aku gunakan kaedah 'open' membelasah PAS Perak. Dalam tempoh tu ikut nasihat mentor aku tu, aku try guna 'saluran dalaman' mengkritik PAS Perak.
Memang macam aku dah jangka, takdak nampak kesan langsung. Iya laa, aku sapa, cuma setakat 'daun kari', pulak tu dari kawasan sempadan yang jauh dari Ipoh. Lagi pun 'saluran dalaman' aku setakat mana sangat. Setakat depa² kenai aku orang Parit Buntar ja laa kut. Tu pun tah depa ingat ka dak, mungkin depa buat² kenai aku ja.
Lepas tu Matsamankati pulak gatai pi ajak bloggers pPrak tubuh network yang ada link terus dengan Kerajaan Negeri. Dalam perjumpaan dengan Exco sekali tu, aku gunakan saluran tu untuk bagi 'intro' belasah Perak yang pastinya termasuk jugak PAS Perak secara tak langsung.
Nampak penerimaan Exco, YB Pak Din, yang jugak YB dari PAS cukup positif. Nampak depa macam betui² ikhlas akan ambik sama pandangan dari bloggers dalam nak buat keputusan. Dalam jawapan dia atas 'intro' aku hari tu, dia macam mintak lagi tempoh. Jadi aku cadang bagi peluang lagi 3 bulan, tahun 2009 baru nak mula belasah.
Dalam pada tu, Matsaman kati pulak mula belasah, dia dah tak tahan sangat laa kut pasai masalah dalaman PKR bila pengerusi perhubungan Program tu rupanya bukan setakat cerita pasai daftar pemilih tapi lebh dari tu. Nampak memang cukup cantek.
Dalam program tu nampak PAS Perak semacam dah terjaga dari lena, mungkin dah sikit lega dari terkejut dengan 'penangan balak.' Pada aku gambaran yang aku nampak masa program tu cukup positif, sekurang²nya 'first step' depa memang meyakinkan.
Sekurang-kurang atas kertas memang berdaya maju. Sikap keterbukaan dah mula nampak. cara depa jawap masa sessi soaljawap pun dah tak berapa 'dada kedepa' berbanding masa mula² Hj Nizar jadi MB dulu. Jangan silap pahan, bukan MB yang jawab, tapi depa² yang lain dalam Perhubungan, lagi pun program tu bukan program kerajaan tapi prigram parti.
Jadi, nampak gayanya aku kena tunggu lagi sat laa. Boleh laa kut bagi sikit lagi tempoh. Aku nak tengok takat mana kesan dari kertas yang cantik tu. Harap² boleh diterjemahkan kepada kerja yang akar umbi boleh buat. Memang boleh jadi kerja tapi buat apa kalau takat boleh suruh akar umbi buat kerja tapi kerja tak boleh jalan.
Bulan 4 ni aku nak tengok kesan pertama dan utama dari progran hari tu. Kalau analisa aku atas Rang Daftar Pemilih Suku Pertama Tahun 2009 tak banyak beza dengan rang sebelum² ni, memang aku belasah punya laa. Mungkin kalau perlu aku akan 'publish'kan hasil analisa aku, biar seluruh dunia boleh tengok. Biar semua orang tau setakat mana kesungguhan PAS Perak nak MEMPERTAHANKAN KERAJAAN.

Lepas tu ada jugak laa seorang dua yang kenai Cenangau semacam tumpang sama bagi warning, tapi aku rasa takat yang aku tulis ni takdak masalah kut. Dan seingat aku setakat ni aku belum pernah tulis benda² rahsia parti. Setakat 'belasah' sikit² memang ada, kalau yang tu pun tak boleh tak guna laa PAS sibut² cakap pasai transpirasi. Aku cuma menggunakan hak aku di dalam negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi dengan slogan DEMI PARTI ISLAM yang sentiasa ada dalam kepala otak aku.
*Entry ni aku tulis sebelum kes dua Malaun tu timbui tapi aku lupa nak publish.