mStar melaporkan yang kalau dia keluar dari MIC, 300,000 penyokong dia akan ikut keluar sama.
Persoalannya adakah dia bersedia nak keluar dari MIC. Kalau dia keluar dari MIC adakah dia akan tubuh parti baru atau dia akan masuk parti lain. Mungkin jugak dia tak perlu keluar dari MC pasai mungkin MIC yang akan pecat dia.
"Subramaniam harus mengambil platform lain... beliau harus memutuskan platform lain untuk menyatupadukan mereka (masyarakat India).
"Untuk menyatupadukan komuniti India, beliau memerlukan satu platform," kata salah seorang penyokong kuat Subramaniam, K.P. Samy yang memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pemilihan semalam.
K.P. Samy mengatakan demikian ketika ditemui pada hari kedua Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di sini hari ini.
K.P. Samy menambah, walaupun beliauSubramaniam tewas sebanyak dua kali dalam perebutan jawatan nombor dua parti, namun lebih 500 perwakilan memberi sokongan padu kepada bekas Timbalan Presiden itu manakala Palanivel, calon diiktiraf Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu, hanya memperoleh kira-kira 35 peratus sokongan.
Sehubungan itu kata K.P. Samy, pihaknya menanti keputusan Subramaniam untuk menentukan masa depan dalam MIC.
K.P. Samy menambah, sebelum ini beliau dan Subramaniam ada mengadakan pertemuan bersama dua pemimpin Hindraf dalam usah menarik mereka menyertai MIC.
"Saya tidak mahu sebut siapa pemimpin Hindraf itu... mereka pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. "... kita juga mengadakan perbincangan bersama bekas ahli Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP).
Apa-apa pun aku yakin dah ada pelobi dari PRK yang cuba melobi Subramaniam supaya masuk PKR. Kalau betui la dia ada 300,000 orang penyokong dan depa semua akan ikut dia, dah tentu la PRK seronok sangat.
Tapi, persoalannya apa yang akan dia dapat kalau masuk PKR?
Di sudut lain, aku jugak cukup yakin yang takdak pelobi dari PAS yang cuba rapat dengan dia, cuba tanya-tanya kat dia kut-kut dia berminat nak join Kelab Penyokong PAS. Realiti Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum india amat perlu sorang emimpin yang berwibawa.
Mana tau kut-kut dia sesuai dan mau pulak join. Yang tentunya kalau tak cuba dah tentu-tentu takdak peluang. Mungkin Ust Mujahid boleh kaji tengok cadangan aku ni.
Tapi, persoalannya apa yang akan dia dapat kalau masuk Kelab Penyokong PAS?
Rujukan
- Susulan pemilihan: 300,000 akan keluar jika Subra tinggalkan MIC?
- Dipecat?: Lagi kes ke atas Subra, umum Presiden MIC