Pengumuman dari penyimpan mohor besar | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 14, 2009

Pengumuman dari penyimpan mohor besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Bagi menyempurnakan titah perintah Seri paduka baginda Yang Dipertuan Agong Presiden Umno, setelah diperkenankan oleh Duli-duli yang maha mulia raja-raja Presiden parti-parti komponen BN, maka dengan ini saya memaklumkan yang anak bulan tidak tak berapa nak nampak di Pantai Teluk Kemang.

Oleh itu saya, penyimpan mohor besar raja-raja Presiden Umno dengan ini mengistiharkan, tarikh penamaan calon jatuh pada hari Sabtu 3 Oktober 2009 dan hari mengundi pulak jatuh pada hari Ahad 11 Oktober 2009.

Sekian Dimaklumkan





p/s. Nasib baik 'anak bulan tidak tak berapa nak nampak' kat Pantai Teluk kemang, kalau nampak jelas macam di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir sebelum n, dah tentu dah SRP lupa dalam seminggu ada 7 hari, depa ingat ada 5 hari ja. Sabtu Ahad depa selalu lupa.

Depa lupa yang hari Ahad semua sekolah yang jadi tempat mengundi cuti, tak payah nak susah-susahkan pengetua, cikgu-cikgu dan budak-budak, dah la kena susun bangku meja, kena ganti pulak hari lain.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...