Hebat sangat ka MB Kedah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, September 14, 2009

Hebat sangat ka MB Kedah?

Aku taktau sama ada apa yang dilaporkan Berita Harian dan Bernama tu betui ka dak. Aku harap tak betui, atau sekurang-kurangnya ada yang tak betui bila depa melaporkan komen Ust Azizan berkenaan "cadangan kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat".

Aku harap depa buat tak betui dan depa saja-saja tambah bila depa laporkan Ust Azizan kata
Bila pula Dewan Pemuda Pas ada kuasa ke atas kerajaan negeri

Aku harap ust Azizan atau wakil dia buat penafian kalau Ust Azizan tak kata macam tu.

Tapi ada kemungkinan jugak depa betui, dan kalau betui Ust Azizan ada terkata macam tu, aku sangat-sangat kesal. Sangat-sangat berdukacita.

Apa perlunya Ust Azizan kata macam tu. Takkan ada orang yang pikir DPP ada kuasa atas kerajaan negeri. Sapa pun takdak fikir macam tu Kalau ada kuasa pun hanya sekadar kuasa menasihat yang ada pada semua orang. Dan kuasa tu la yang depa cuba nak gunakan.
Azizan berkata, beliau tidak melihat cadangan itu sebagai satu keperluan mendesak kerana Kedah sudah ada undang-undang sendiri berhubung kaedah penjualan arak.

Dah hebat sangat ka undang-undang peninggalan kerajaan Umno BN tu. Takkan undang-undang tu 'perfect' sangat sampai langsung tak perlu 'pandangan' lain. Takkan tak boleh ubah kalau ada cadangan penambahbaikan yang menang sesuai dan boleh dilaksanakan.

Kalau betui hebat sangat pun apa salah kalau Ust Azizan merendah diri terima dulu kertas cadangan tu. Tengok dulu kertas cadangan tu. Kalau rasa tak sesuai apa aku rasa takdak masalahnya kalau Ust Azizan tolak cara baik. Kalau bukan 'keperluan mendesak" apa salahnya simpan, kut-kut boleh diguna bila dah 'terdesak' nanti.

Rujukan
  1. Arak: MB Kedah terkejut cadangan Pemuda Pas
  2. Kedah Sudah Ada Undang-Undang Penjualan Arak - MB


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...