Hanya empat sahaja dari anggota Exco dan hanya satu sahaja Adun Umno yang kelihatan dalam majlis berbuka puasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang hari ini.
Bahkan Adun Ajil, Rosol Wahid, yang kawasannya terletak dalam Parlimen Hulu Terengganu juga tidak kelihatan dalam majlis Timbalan Perdana Menteri hari ini. Begitu juga Datuk Seri Idris Jusoh, bekas MB dan juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu.
Inilah realiti permasalahan Umno di Terengganu sekarang sehingga Muhyidin dalam sidang medianya terpaksa menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam krisis di Terengganu sekarang.
Kot kalau bloggers nyamuk macam aku tulis kat sini, nak bagitau, hangpa tak berapa nak dengar. Nasib baik la ada pengarah strategik yang pro-aktif macam ni. Nak harap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang baru menggantikan Dr. Dzul pun sampai la ni tak pernah dengar lagi nama dia.
Aku ucap terima kasih kat Tian Chua pasa tolong cerita dengan bahasa yang mudah. Kalau depa-depa yang berkenaan tak paham jugak, taktau la.
"Mereka tidak ada motif pun. Cuma mungkin sebab mereka ingin tarik perhatian perdana menteri supaya dapat tawar-menawar kedudukan mereka (dalam kerajaan Terengganu),"
Memang jelas pun, depa-depa ni sebenarnya tak layak pun nak lompat ke PR. Ingat senang-senang ka boleh lompat. Dah sah-sah depa-depa ni 'taik penuh kat ekor'. Ingat Umno nak duduk diam saja kalau depa-depa ni lompat.
Lagi satu krisis Umno Terengganu ni dah lama sangat. Sejak dari lepas PRU12 tahun lepas lagi sampai la ni belum selesai jugak. Jadinya betul la macam kata Tian Chua,depa la ni bagi 'up' sikit depa punya pressure kat Umno pusat. Harap-harap umpan mengena.
Untuk ahli dan penyokong PAS kat Terengganu, sorry,giliran hangpa lambat lagi, Insyaalah Perak dulu kut bubar DUN.
- ADUN T'ganu cuba tarik perhatian PM
- Lu jangan main gile Anwar..
- Hanya beberapa Adun sertai majlis Muhyidin