Krisis Umno Terengganu : PAS jangan terkena | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 02, 2009

Krisis Umno Terengganu : PAS jangan terkena


Aku tak berapa mengikuti apa yang jadi kat Terengganu. Walaupun ramai yang makin seronok kata Terengganu mungkin bubar DUN awai dari Perak, aku tetap tak ambik peduli.

Hujjah aku mudah ja.
  1. BN masih pegang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  2. Takkan senang-senang BN nak buat PRK lagi bila depa kalah di hampir semua PRK.
Bila aku mula nak ambik tau, aku terus jadi heran. Takkan la geng Rasol Wahid yang nak lompat kut. Geng Rasol Wahid ni maknanya geng Idris Jusoh laa. Ish !! Tak masuk akai langsung, depa ni nak lompat. Kalau depa takat nak gempak Najib mungkin laa. Aku rasa depa-depa ni ugut nak lompat tak lan kecuali 2 sebab ja.
  1. Pasai projek. Dulu masa Idris Jusuh jadi MB depa-depa ni la yang bolot projek. Bila Geng lain jadi MB, memang la depa takdak lagi peluang projek mudah.
  2. Pasai kuasa. Kuasa ni pasai sangkut dengan sebab no 1. Bila takdak kuasa, takdak la ruang nak boleh kaut duit. Pasainya dalam Umno kalau takdak duit, kuasa pun akan hilang jugak. Mana nak cari modai nak bela perwakilan kalau takdak duit.
Memang jelas sangat, depa ni tak ikhlas. Maksud aku depa ni langsung tak fikir untuk rakyat, depa cuma susah hati pasai diri depa sendiri.


Nasib baik la Ust Harun Taib awai-awai lagi dah keluar kenyataan bab ni. Aku sokong sangat bila dia kata katak politik menjijikkan.
"Kalau mereka mahu lompat, lompatlah. Tapi saya tidak suka orang lompat parti ini.

"Saya anggap lompat-lompat parti ini perbuatan jijik,"

  1. Berita Adun Umno keluar parti semakin panas
  2. Krisis Umno/BN Terengganu Terus Meruncing; ADUN Nekad Mahu Letak Jawatan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...