Taufan melanda Umno Pulau Pinang? Piiirahhh!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 13, 2009

Taufan melanda Umno Pulau Pinang? Piiirahhh!!!

Taufan apanya? Standard Umno ni cakap ja lebih, bunyi macam hebat tapi tak kuat mana, pasai bukan setakat tong kosong, tapi tong kosong yang dah berkarat, dah nak reput.

Jangan nak mimpi laa nak ada PRK kat Sungai Dua tu, tak beraninya Jasmin Mohamad tu nak letak jawatan. Lagi pun dia bukannya sungguh-sungguh nak letak jawatan, dia cuma nak bagi kecoh skit, harap-harap Najib ambik tindakan, bagi apa-apa habuan yang berpatutan kat dia, tu ja.

Jenih penyakit Umno ni bukan payah sangat nak ubat, ubat dia pun senang cari, cuma perlu bagi ubat cap 'kepala agung' ja, tentu bak punya. Kalau boleh lungguk 'kepala agong' tebai sikit kat atas riba depa, bukan takat sakit depa, sakit orang-orang depa pun depa boleh ubat.

Jadinya, untuk penyokong Pakatan Rakyat di Sungai Dua khasnya dan penyokong Pakatan Rakaat di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia amnya, tak payah la nak berangan nak ada pilihanraya kecik pasai ADUN Umno nak letak jawatan, hampir kepada mustahil akan terjadi walaupun ramai yang kata takdak yang mustahil dalam politik.

Takkan la depa senang-senang nak letak jawatan. Punya la payah depa melobi dan habih mungkin sampai berjuta nak boleh dapat title YB,takkan senang-senang depa nak letak jawatan. Bukan takat akan terlepas peluang malah mungkin akan menempah bala'.

Kalau ada yang kata berita ni 'soheh' pun aku takkan percaya kecuali bila SPR dah umum kerusi tu kosong baru la aku boleh percaya. kalau takat sembang ja, buang masa.

Tapi ada baik jugak berita macam ni keluar, kurang-kurang pun jentera Pakatan Rakyat kat tempat tu ada pasai nak mula buat kerja-kerja pilihanraya. Tapi kalau dah keluar cerita macam tu pun dok lena lagi, baik tak payah mengaku penyokong Pakatan Rakyat, buat malu jaa...

Rujukan
  1. Taufan melanda Umno Pulau Pinang




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...