Tolong tunjuk jalan nak pi Manik Urai | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 07, 2009

Tolong tunjuk jalan nak pi Manik Urai

Aku tak terkata apa bila baca berita kat sini dan sini.

Aku harap sangat-sangat Ust Nasa betui-betui ada keuzuran syarie sampai tak boleh pi Manik Urai masa penamaan calon semalam. Aku betui-betui harap sangat ada yang tolog cerita apa uzur syarie dia sampai dia tak berkesempatan nak pi sana semalam.

Kalau Ust Nasa takdak apa-apa keuzuran aku takdak hujjah nak lawan kalau ada yang kata dia ni tak cerdik. Kalau betui dia takdak apa-apa uzur yang syarie' sia-sia ja pada aku TG Nik Aziz sampai sanggup tarik balik gesaan dia supaya Ust Nasa letak jawaan hari tu. Siap buat sidang media khas lagi.

Pimpinan lain selain TG Nik Aziz dan Tg Hj Hadi aku rasa takdak sapa nak tanya kalau takdak masa penamaan calon semalam tapi pada aku Ust Nasa tak boleh takdak pasai ramai yang memang dari awai berniat nak tengok Ust Nasa ada ka dak.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

Nik Aziz berulang kali berkata beliau tidak tahu mengapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir pagi ini.

Walaupun aku tak tengok raut muka TG Nk Aziz masa dia kata tu tapi aku boleh bayangkan, kalau aku la kena macam tu, dah tentu-tentu punya berbakui-bakui aku punya belasah.

Jadinya aku nak mintak tolong sangat-sangat kat sapa-sapa yang berkenaan, tolong la tunjuk kat Ust Nasa jalan ke Manik Urai. Lagi bagus kalau boleh tarik Ust Nasa pi ke sana.

Aku mintak tolong sangat-sangat. Lagi satu kalau boleh tolong buat skrip untuk dia, skrip untuk jawap bila wartawan tanya pasai apa dia takdak masa penamaan calon semalam. Tolong pikiaq soalan-soalan yang mungkin tanya dan tolong mintak Ust Nasa sediakan jawapan untuk setiap soalan yang mungkin wartawan tanya.

Kalau perlu buat rehearsal kena buat rehearsal, takut dia tersilap skrip. Aku tak peduli, demi PAS, aku mintak tolong sungguh-sungguh ni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...