Patutnya polis ni kena pasai ambik rasuah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 07, 2009

Patutnya polis ni kena pasai ambik rasuah

Kesian sungguh aku kat mamat sorang ni. Kesian pasai dia kena tangkap gara-gara nak rasuah polis 8 ringgit. Gara-gara 8 ringgit dia terpaksa tidur lokap.
Punya la ramai selama ni dok bagi rasuah kat polis tak pernah un dia dengar kena tahan pasai rasuah tiba-tiba dia yang nak bagi cuma 8 ringgit pulak kena tahan pasai rasuah.

Patut padan la.. kalau nak tahan pun tengok la padan ka dak.

Mamat tu kerja kontrek ja. Gaji kalau kira bulan mungkin la lebih skit dari polis tu kut tapi dia mungkin takdak sumber lain kecuali gaji kerja da tu ja. Aku gerenti tiap-tiap bulan cukup-cukup makan ja, tu pun lepas 'pedor' habis-habisan.

Patut padan la.. kalau nak tahan pun tengok la padan ka dak.

Lagi satu dia 'ditahan seorang anggota polis yang melakukan rondaan menunggang motosikal pada jam 12.45 tengah hari.' Kalau ikut ayat tu nama ada saksi, takkan polis tu rakam suara kut.

Patut padan la.. kalau nak tahan pun tengok la padan ka dak.

Bukan la maksud aku nak kata polis tu salah pasai tangkap mamat tu bagi rasuah tapi pada aku tak kena sangat la. Memang betui mamat tu salah pasai bawak motor takdak lesen, saman ja dah la kalau takmau lepas dengan amaran pun. Yang pi tangkap dia pasai nak bagi rasuah 8 rnggit tu pada aku tak patut sangat.

Lain la kalau normal practice polis kat Malaysia ni memang jenih tak ambk rasuah orang yang bawak motor takdak lesen. Kalau macam tu keadaan punya polis semua tak ambik rasuah, memang patut mamat tu kena tahan pasai nak bagi rasuah.

Aku rasa la mungkin la ada mamat tu ada terlajak cakap skit kut. Mungkin kut bahasa mamat tu jenis leser sampai polis tu tak tahan telinga, tapi kalau sikit-sikit tu guna budibicara dah la.

Patut padan la.. kalau nak tahan pun tengok la padan ka dak.

Aku cukup yakin plot cerita ni sebenarnya menarik, kalau ada yang rajin pi korek cerita sebenar disebalik, mungkin boleh buat filem pecah panggung. Tapi kalau setakat yang tulis dalam berita harian tu, standard skrip drama Gerak Khas ja laa...

Mungkin mamat tu kena belajar cara cina macam dalam klip kat bawah ni, kalau macam ni mungkin rasuah dia jadi tak salah, tak pun dia tak boleh lepas tapi polis tu yang kena tahan, tapi yang afdhalnya dua-dua sekali kena la..

Kat bawah ni ulang tayang klip yang aku pernah letak kat blog ni lama dulu kat sini



Artikel berkenaan boleh baca kat sini

Gambar kat atas tu aku cilok kat sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...