Gambar postar ahli buruan termasuk Azahari & Noordin Mat Top |
Berita yang keluar dalam koran pun macam-macam versi. Mula-mula kata hancur seluruh badan sebab bagi meletup bom yang dia pasang kat badan. Lepas tu pulak kata dapat kesan cap jari (kira ok laa mungkin jari tak hancur habib) alih-alih boleh pulak buat kawat cam. Rupa-rupanya ada berita kata tak hancur pun, muka masih intact.
Sebelum ni 29/10 depa pernah dah kena kepong di Jalan Kebon Kembang, Bandung. Tapi kalau ikut koran Indon depa lolos. Sedangkan dia dok elok shalat tarawih di Masjid Al Hidayah Kebon Kembang malam sebelum tu. Yang lolos tu bukan apa, pasai yang pi kepong tu pun tak tau macammana rupa dia Mereka mengira Azahari itu berjanggut dan berpeci padahai dia Ke mana-mana Azahari berpakaian necis, berkacamata minus, dan dengan kumis agak tipis yang tampak serasi dengan rambut dikucir.
Gambar al-Ghozi semasa dibawa kemahkamah. Tak lama lepas tu terlepas pulak dan akhirnya ditembak mati masa pertempuran dengan tentera Filipina di selatan Mindanao |
VCD prosidur yang dia buat tu depa kata memang untuk umum, sahih dah tersebar. Kedepan ni sahih makin ramai yang akan timbui. Memang makin risau Indonesia la ni. Dah la Noordin Mat Top belum dapat tangkap timbul pulak satu nama baru, Tedi.