Nurshafiqah Munirah Halimi,12, pelajar terbaik keseluruhan bagi UPSR 2005 menunjuk slip keputusan 4A1 yang diperolehinya. |
Boleh percaya ka? Macam-macam benda berkenaan keputusan periksa ni pernah aku dengar. Selain dari kes soalan bocor yang taun ni tak pulak aku dengar (ada juga yang kata ada pihak yang sengaja bagi bocor), ada jugak cerita tentang graft keputusan yang memang boleh bagi naik dan turun.
Gambar Muhamad Faiz Danyal murid Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa yang menghadapi masalah ‘Hyperlexia’ iaitu permasalahan pertuturan dan terkebelakang dalam perlakuan yang mendapat 5A, dicium ibunya Khairulleza Khamsan yang berhenti bekerja ketika dia masuk tahun satu untuk menjaganya dan menjadi sukarelawan sekolahnya biasanya di perpustakaan, tetapi turut membantu menghias kantin, mengecat lukisan pada dinding serta rancangan makanan tambahan. |
Anak buah aku ada sorang ambik UPSR tahun ni. Makpak dia dua-dua cikgu, masa talipon bila kakak dia tanya dapat berapa mak dia jawab dapat 4. Dia ingatkan 4A laaa tapi 4B. aku tak reti ank komen tapi bagi aku tu bukan standard anak cikgu.
Aku paling risau dengan sorang anak buah aku yg lain. Dia baru lepas ambil PMR. Maunya tak risau, lagi 4 hari nak mula exam baru aku perasan yg dia taun ni PMR. Bila check sah Math & Sains dia teruk. Tak pernah pass. Aittt! takkan macam tu. Aku rasa masa kecik2 dulu ok jugak budak ni.
Aku rasa guilty sangat sebab sepatutnya aku mampu ajar dia esp im math. Aku dulu SRP math 1, SPM add math C2 mod mad A2. kira kacang jugak laaa math ni. Tambah2 pulak dah jumpak macam2 math dalam fizik in tertiary.
Lagi 4 hari apa aku boleh buat. Pulak tu masa tu jugak laa sibuk, macam2 aktiviti. Masa tu jugak laa kena pi Ipoh, urus ceramah, kemaskini data. Jadinya cuma dan buat satu kertas soalan sekolah mana tah.
Dari situ nampak sangat betapa terkesannya dia dengan Math dlm english. Aku tak berani nak kata tapi nampak macam tak sepatutnya macam tu. Dia ni bukan jenis loklak, jenis budak baik jugak. Tapi takkan taktau formula cari luas bulatam pun taktau. Pulak tu dia taktau yang formula tu dibagi dalam kertas soalan!!!!
Pak-pak menteri mana tau masalah ni. Anak2 depa semua sekolah swasta, tak pun memang dah jenih pandai. Cuba laa sekali-sekala pi ziarah rumah adik-beradik yang kat kampong yang miskin tu, lepas tu belek-belek sama buku latihan budak-budak tu, tengok sendiri. Aku jamin dalam 10 orang yg depa tengok, kurang-kurang 7 orang memang teruk. Lepas tu kalau nak pertahan jugak ajar math & sains dalam english pun lantak laaa.... memang buta perut punya jenih kut!!!