Ust Hashim Jasin Mursyidul Am PAS ke-4: Cuma itu calon yang PAS ada? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 10, 2016

Ust Hashim Jasin Mursyidul Am PAS ke-4: Cuma itu calon yang PAS ada?

Apa pun, setakat ni aku tak nampak degan perlantikan ust Hashim Jasin tu akan bawa apa-apa perubahan dalam PAS. PAS tetap juga akan 'benci' DAP dan Amanah dan tetap akan 'flip-flop' untuk nak kerjasama PKR dan Bersatu dan tetap akan terus 'main mata' dengan Umno.

Harakahdaily dalam berita bertajuk "Ustaz Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am PAS" melaporkan:
Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini, sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am PAS.

"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. - Hrkh.
Sebagai bekas ahli PAS, pada aku Ust Hashim Jasin adalah pilihan yang terbaik yang PAS ada sekarang walaupun tidaklah sehebat mana.

Aku tak peduli sangat bab "ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap" tapi bagi aku faktor yang lebih penting sebenarnya adalah Ust Hashim Jasin adalah veteran PAS yang tak terlibat pegang jawatan lain dalam organisasi PAS.

Sangat tidak masuk akal kalau penyandang jawatan Mursyidul Am iaitu jawatan  tertinggi dalam PAS yang lebih tinggi dari jawatan Presiden tiba-tiba dalam keadaan lain pegang jawatan lain bawah dari Presiden.

Masa aku masih dalam PAS dulu aku pernah cadangkan supaya Allahyarham TG Nik Aziz supaya letak jawatan sebagai Menteri Besar dan pegang semata-mata jawatan Mursyidul Am. Sebabnya dari sudut politik Menteri Besar di peringkat negeri perlu patuh kepada 'arahan' lajnah politik PAS Pusat dan juga JKK PAS Pusat.

Tambah-tambah kalau ada apa-apa 'salahlaku politik' Presiden PAS, aku tak nampak orang macam Ust Ahmad Yakob contohnya akan berani 'menasihat' Hj Hadi, tambah lagilah kalau sampai nak ambil tindakan disiplin.

Selain dari Ust Hashim Jasin yang aku nampak 'layak' pun cuma Ust Taib Azamuddin, Ust Husin Awang dan Dr. Johari Mat. Dari kalangan 4 orang ahli Majlis Syura tu memang nampak Ust Hashim Jasin yang paling sesuai.

Cuma masalahnya bagi PAS, mampukah Ust Hashim Jasin dapat 'aura' Mursyidul Am PAS macam yang TG Nik Aziz ada yang boleh tarik semua golongan dekat kepada PAS. Setakat ni aku langsung tak nampak aura tu walaupun dah ada beberapa pihak dalam PAS dah mula nak popularkan gelaran "Tok Guru" kepada Ust Hashim.

Setara Dr. Haron Din yang lebih terkenal tu pun gagal dapat 'aura' Mursyidul Am. Malah aku berani kata sepatutnya Mursyidul Am PAS menjadi 'value added' tapi sepanjang Allahyarham Dr. Haron Din pegang jawatan Mursyidul Am aku nampak dia lebih jadi liabiliti kepada PAS.

Apa pun, setakat ni aku tak nampak degan perlantikan ust Hashim Jasin tu akan bawa apa-apa perubahan dalam PAS. PAS tetap juga akan 'benci' DAP dan Amanah dan tetap akan 'flip-flop' untuk nak kerjasama PKR dan Bersatu dan tetap akan terus 'main mata' dengan Umno.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...