Bukti pilihanraya umum ke 14 (PRU14) akan diadakan tahun depan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 10, 2016

Bukti pilihanraya umum ke 14 (PRU14) akan diadakan tahun depan

Kalau ada masalah dan tak jadi diadakan tahun depan pun mungkin sebab macam kata Rafizi Umno BN masih tak berjaya kumpul dana 'dedak' yang mencukupi setelah sumber dana dari 1MDB dibekukan diluar negara.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "SPR mula beli barangan untuk pilihan raya" melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah meminta sebut harga untuk bekalan yang akan digunakan untuk pilihan raya umum.

Ini berlaku selepas Presiden Gerakan Mah Siew Keong berkata mereka menjangkakan pilihan raya umum ke-14 akan berlangsung dalam tempoh sembilan bulan.

SPR meminta sebut harga untuk baju vest, topi dan kemeja T.

Notis itu disiarkan dalam laman perolehan negara pada 4 Oktober minggu lalu. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Bulan lalu, anggota parlimen Seri Tanjong Chan Foong Hin memuat naik gambar didakwa notis meminta sebut harga untuk bekalan fail poket dengan soalan “pilihan raya tidak lama lagi?”.

SPR juga telah mempamerkan cadangan persempadanan semula yang tempoh bantahan awamnya akan berakhir Sabtu ini. - Ibid.
Nampak gayanya hampir pasti PRU14 akan diadakan pada tahun depan. Kalau ada masalah dan tak jadi diadakan tahun depan pun mungkin sebab macam kata Rafizi Umno BN masih tak berjaya kumpul dana 'dedak' yang mencukupi setelah sumber dana dari 1MDB dibekukan diluar negara.

Sebelum ni pembangkang terutama Pakatan Harapan me'viral'kan katanya PRU14 akan diadakan awal tahun depan dan menasihatkan mana-mana warganegara yang telah berumur 21 tahun supaya mendaftar sebelum 30 September lepas.

Sesiapa yang mendaftar selepas 30 September mungkin nama tidak tersenarai sebagai pengundi dalam PRU14 akan datang jika PRU14 diadakan pada awal tahun depan.

Masalahnya sekarang ni aku langsung tak nampak parti-parti pembangkang bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

PAS dilihat terlalu ego dan tak bersedia untuk bertolak ansur, menolak terus kerjasama dengan DAP dan Amanah.

PKR pulak dilihat berpecah dua, satu pihak mahukan kerjasama Pakatan Harapan yang utuh bersama DAP dan Amanah tanpa PAS manakala satu pihak lagi masih terhegeh-hegeh mahukan kerjasama bersama PAS.

DAP pulak walaupun ada masalah dalaman yang mempersoalkan kepimpinan Guan Eng tapi itu isu kecil yang takkan bagi kesan besar kepada DAP.

Amanah pulak sebagai parti 'setahun jagung' masih gagal menyaingi PAS sebagai parti Islam. Amanah dilihat masih gagal merampas pengaruh dan penyokong PAS setelah Pakatan Rakyar berkubur dan Pakatan Harapan ditubuhkan bersama DAP dan PKR tanpa PAS.

Walaupun Umno berpecah dan Muhyiddin Yasin bersama Dr. Mahathir menubuhkan parti Bersatu tapi Bersatu masih baru dan dilihat belum mampu mencabar kekuatan dan jentera Umno.

Walaupun Umno BN terutama sekali persepsi ke atas Najib cukup buruk sekarang tapi masalahnya masalah dalaman dikalangan parti-parti pembangkang lebih teruk lagi.

Senang ceritanya, dengan persepsi teruk dikalangan parti-parti pembangkang kalau PRU14 diadakan awal tahun depan hampir pasti Umno BN akan kekal memerintah.

Malah dengan Persempadanan Semula Bahagian Pilihanraya yang SPR buat tu Umno BN tak mustahil Umno BN akan berjaya menguasai 2/3 parlimen.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...