Dalam keadaan diikat dengan perjanjian bertulis dalam Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh presiden depa pun PAS boleh sabotaj bukan saja di DUN Sungai Acheh tapi juga DUN Kota Damansara selain dari 3 DUN di Terengganu yang tak kurang hebat jugak sabotajnya.
Kredit imej FMT |
Keengganan DAP untuk 'merehatkan' Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dikatakan menjadi antara punca PKR masih enggan bersetuju dengan rancangan tersebut.
Menurut sumber yang dekat dalam perkara tersebut, PKR telah meletakkan beberapa syarat untuk pihaknya bersetuju dengan rancangan terbabit, walaupun sedar berisiko kehilangan beberapa kerusi jika pilihan raya itu diadakan. - Mkini.
Walaupun ramai kawan-kawan penyokong Pakatan Harapan terutama sekali ahli dan penyokong DAP dan Amanah tak puas hati dengan tindakan Azmin dan PKR ni tapi bagi aku depa kena bersetuju yang tindakan PKR sangat 'praktikal' untuk kelansungan PKR.
Pemimpin parti yang BANGANG saja kut yang saja-saja buat pilihanraya walaupun yakin akan kalah. Situasi ni tak sama macam yang pemimpin PAS selalu kata depa depa tak menang pilihanraya pun takpa... pasai bukan depa yang tetapkan tarikh pi;lihanraya kecuali la kalau tiba-tiba MB Kelantan buat bangang bubar Dun dalam masa terdekat ni.
Lagi satu alasan yang PKR bagi memang relevan, cukup relevan untuk PKR dan ada logiknya jugak untuk Pakatan Harapan.
Malaysiakini juga melaporkan:
"Demi menjaga keharmonian dalam hubungan antara PKR dan PAS, pimpinan utama PKR telah meminta DAP untuk 'merehatkan' AMANAH dari bertanding di kerusi PAS pada pilihan raya negeri itu.Cuma masalahnya tindakan PKR ni tak logik langsung untuk Amanah yang juga akan membawa kepada tak berapa logik jugak untuk Pakatan Harapan.
"AMANAH wajar direhatkan kerana masih 'baru' dan perlu lebih berusaha untuk menempatkan namanya dalam persada politik negara dengan memberi laluan kepada PAS," jelasnya kepada Malaysiakini.
Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, Pakatan Harapan mencari 'kemenangan bersama' jika kerajaan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya mengejut.
Kata menteri besar Selangor itu, wujud pelbagai analisis dibuat mengenai cadangan berkenaan namun apa yang penting ialah selepas keputusan diambil, kejayaan dicapai atas nama Pakatan Harapan, selain hubungan dengan PAS.
"Kita telah belajar (daripada) pengalaman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan sudah tentulah ianya memberi mesej.
"Rakyat beri mesej kepada semua parti-parti politik, justeru kita perlukan masa untuk berbincang mencari apakah pilihan terbaik di Pulau Pinang," tambah Azmin. - Ibid.
Mungkin kut Azmin dan PKR lupa yang bekas pemimpin PAS tu akhirnya ambil keputusan bersetuju untuk tubuhkan Amanah dengan persetujuan DAP dan PKR jugak atas alasan untuk mengganti kedudukan PAS dalam Pakatan.
Kalau tanpa maklum balas dan persetujuan DAP dan PKR untuk kebaikan pakatan aku tak rasa satu parti baru akan dokongan dari seluruh bekas pemimpin PAS ni.
Dan aku yakin antara isi persetujuan Amanah ganti PAS tu termasuk Amanah akan bertanding di kerusi yang sebelum ni PAS bertanding walaupun mungkin persetujuan tu tak dinyatakan secara perjanjian bertulis.
Jadinya kalau PKR tak setuju Amanah bertanding dan kerusi-kerusi berkenaan tu akan diserah kepada PAS untuk bertanding melawan calon BN, apa perlunya Amanah ujud dalam Pakatan Harapan, malah apa perlunya diujudkan Pakatan Harapan.
Alasan "masih 'baru' dan perlu lebih berusaha untuk menempatkan namanya dalam persada politik negara" pada aku sangat dangkal untuk realiti politik. Perkataan "baru" dan "menempatkan nama" tu pun sangat subjektif.
Azmin dan PKR mungkin saja buat-buat lupa macamana suasana masa depa mula bertanding pasa pilihanraya umum ke 10 tahun 1999. Masa tu PKR juga masih "baru" dan nama pun belum terkenal tara mana. Tapi masa tu pemimpin PAS terutama sekali bekas pemimpin PAS yang sekarang ni menggerakkan Amanah lah yang bersungguh-sungguh mempertahankan dan berkempen untuk calon-calon PKR.
Dan mungkin Azmin dan PKR buat-buat lupa yang pada PRU11 tahun 2004 PKR cuma menang 1 kerusi parlimen sahaja. Adakah masa tu PKR juga masih baru dan gagal menempatkan nama di persada politik negara?
Paling BANGANG dan CELAKA bila Azmin gunakan alasan:
"Keperluan menjalin hubungan baik dengan PAS juga penting bagi mengelak 'tragedi' pertandingan tiga penjuru di kerusi N21 Sungai Acheh semasa pilihan raya umum ke-13 kembali berulang. - Ibid."
Dalam keadaan diikat dengan perjanjian bertulis dalam Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh presiden depa pun PAS boleh sabotaj bukan saja di DUN Sungai Acheh tapi juga DUN Kota Damansara selain dari 3 DUN di Terengganu yang tak kurang hebat jugak sabotajnya.
Malah lebih berat lagi PKR mungkin tak sedar yang depa dah "khianati" PAS dalam PRK Kuala Kangsar dan terutama sekali PRK Kuala Selangor yang PAS juga adalah sebahaigian dari Kerajaan, sangat tak logik pengundi PAS tidak berdendam yang tentunya paling kurang pun akan diterjemah di kertas undi.
Apa pun, pada aku kata dua PKR kepada DAP ni seolah-olah membenarkan khabar angin yang kata wujud pakatan sulit Azmin Hadi nak bunuh Amanah dgn arahan UMNO yang katanya adalah juga antara isi utama taklimat MKN kepada PAS di Langkawi sikit waktu baru ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis