Malah aku yakin tak mustahil betul macam ada khabar angin yang kata wujud pakatan sulit Azmin Hadi nak bunuh Amanah dgn arahan UMNO yang katanya adalah antara isi utama taklimat MKN kepada PAS di langkawi sikit waktu dahulu.
Sinarharian semalam dalam berita bertajuk "PRN: DAP tidak mahu ambil tahu kerjasama PKR - Pas" melaporkan:
GEORGETOWN - DAP tidak mahu ambil tahu mengenai isu sampingan berhubung pilihan raya mengejut negeri (PRN) Pulau Pinang, sebaliknya parti itu hanya mahu mencapai persetujuan terhadap isu pokok, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, tidak timbul isu bahawa rakan sekutunya PKR membayangkan akan bekerjasama dengan Pas untuk menghadapi PRN sedangkan keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu masih belum dibuat.
"Kami tidak perlu memikirkannya sehingga isu pokok sama ada persetujuan boleh dicapai atau tidak (untuk mengadakan PRN), itu lebih penting dari isu sampingan. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon membayangkan kerjasama antara PKR dan Pas untuk menghadapi PRN walaupun Pas menegaskan tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PKR di Pulau Pinang.Sinarharian sebelum ni dalam berita bertajuk "PKR belum sedia adakan PRN P Pinang" melaporkan:
Mohd Rashid berkata, PKR akan meneruskan kerjasama dengan Pas di peringkat kepimpinan parti. - Ibid.
PETALING JAYA - Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas parti itu bersetuju sebulat suara masih belum yakin dengan cadangan bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.Aku amat-amat yakin kedua-dua berita atas ni adalah selari dengan kehendah dan kemahuan Azmin Ali. Walaupun dia cuma berjawatan Timbalan dibawah Kak Wan sebagai Presiden aku yakin pengaruh serta suara dia lebih kuat berbanding Kak Wan.
Menurut Wan Azizah, bagaimanapun, dalam semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan rakan parti lain di dalam Pakatan Harapan.
"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani, mesyuarat memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut. - Sinarharian.
Semua dah tau yang Azmin selama ni memang kurang bagi komitmen dengan hasrat Pakatan Rakyat terutama sekali bila membabitkan DAP dan Amanah malah kita dapat tengok dengan jelas yang Azmin macam nak sangat bermesra dengan PAS walaupun PAS bukan dalam PH malah menentang calon PH dalam PRK terbaru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Berita Harian dalam berita bertajuk "PRN Pulau Pinang: PKR masih perlukan masa - Azmin" melaporkan:
Biarpun terus didesak dan dirayu untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, PKR masih tegas mahukan lebih masa untuk berbincang mengenainya. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata parti itu sudah belajar dari keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun lalu, yang dianggap sebagai isyarat penting daripada rakyat. - Bharian.Nampaknya Azmin masih lagi istiqamah dengan 'strategi' dia sama macam PAS. Istiqamah Azmin ni semenjak PRN Sarawak dulu disambung masa PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dan kini cadangan DAP untuk PRN Pulau Pinang.
Azmin terus istiqamah melengah-lengah untuk PKR buat keputusan yang akhirnya merugikan Pakatan Harapan dari segi masa, banyalk yang boleh dibuat tapi tak dapat dibuat sebab kekangan masa yang tinggal sikit. Strategi melengah-lengahkan buat keputusan tu jugak menguntungkan Umno BN bila Pakatan Harapan akan dilihat sebagai tidak tetap pendirian dan tidak bersatu padu.
Azmin juga masih istiqamah dengan strategi BANGANG dia untuk bersama dengan PAS, masih lagi jugak nak pujuk PAS supaya bersama dengan Pakatan Harapan walaupun PAS telah berkali-kali tegas takkan bersama dengan 'parti pengkhianat' iaitu Amanah dan jugak 'parti musuh Islam' iaitu DAP.
Malah aku yakin tak mustahil betul macam ada khabar angin yang kata wujud pakatan sulit Azmin Hadi nak bunuh Amanah dgn arahan UMNO yang katanya adalah antara isi utama taklimat MKN kepada PAS di Langkawi sikit waktu baru ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis