Kenyataan BANGANG Ust Tuan Ibrahim untuk pastikan dia kekal relevan sebagai Timbalan Presiden PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 19, 2016

Kenyataan BANGANG Ust Tuan Ibrahim untuk pastikan dia kekal relevan sebagai Timbalan Presiden PAS?

Aku kata BANGANG sebab takkan Ust Tuan Ibrahim tak sedar yang 'pembangkang tidak aman' tu bukan cuma sebab PAS berbalah dengan Amanah saja tapi sebab PAS jugak hampir setiap masa bergaduh sakan dengan DAP.

Malaysiakini semalam dalam berita bertajuk "Bubar AMANAH, pembangkang akan tenang, kata Tuan Ibrahim" melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad agar tutup mulut dan membubarkan parti itu.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas cadangan Khalid agar beliau dan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan PAS.

“Komen saya, blok pembangkang akan tenang kalau Khalid boleh 'tutup mulut' atau AMANAH dibubarkan,” katanya. - Mkini.
Kesian sungguh aku kat Timbalan Presiden PAS ni, sampai tahap terpaksa keluarkan kenyataan 'BANGANG' macam tu yang aku yakin dia harap dengan kenyataan gesa Amanah dibubarkan tu dia akan dilihat masih 'relevan' untuk terus kekal sebagai Timbalan Presideen PAS.

Sebelum ni pada Ust Tuam Ibrahim mencadangkan "gencatan senjata" dikalangan parti-parti pembangkang. Cadangan tu nampak tidak selari dengan pendirian PAS sebelum ni yang dilihat cukup bermusuh dengan perti pembangkang lain terutamanya DAP dan juga Amanah.

Aku yakin Ust Ibrahim pun sedar dia akan berdepan masalah persepsi dengan cadangan dia tu pasai tu awal-awal lagi dia keluarkan kenyataan untuk ubah persepsi tu.

Malaysiakini dalam berita pada 14 Jul 2016 yang bertajuk "Tuan Ibrahim kini bercakap tentang 'rela bersendirian'" melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi mengulangi bahawa perbezaan antara pembangkang mesti dihormati.

Setelah mencetuskan perbincangan meluas semalam, beliau, bagaimanapun, hari ini kelihatan sedikit berlapik, apabila turut menegaskan sejarah membuktikan PAS rela bersendirian pada masa-masa tertentu.

“Seperti yang disebut di artikel yang lepas, perbezaan ini perlu dihormati dan tidak perlu menjadi titik pertikaian.

“Sejarah membuktikan bahawa PAS rela bersendirian bilamana dasar PAS dipertikai dan ditentang oleh rakan tahaluf (kerjasama politik),” katanya dalam kenyataan susulan selepas cadangan 'gencatan senjata' pembangkang semalam. - Mkini.
Kehangatan isu cadangan Ust Tuan Ibrahim tu juga cuba diredakan oleh Mustara Ali yang merupakan pemimpin veteran PAS yang juga Pengarah Pilihanraya PAS tapi kenyataan "bangang" Cikgu Pa pun nampaknya tak berjaya bila cadangan Ust Tuan Ibrahim terus tu disambut pelbagai pihak.

Bukan saja disambut baik oleh hampir semua pemimpin parti Pakatan Harapan termasuk oleh Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara, tapi juga disambut baik oleh Muhyiddin Yasin, macam yang dilaporkan oleh Malaysiakini dalam berita bertajuk "Muhyiddin setuju pembangkang bersatu hadapi BN" yang melaporkan:
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau setuju sekiranya pembangkang bersatu dalam menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata beliau turut sependapat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali agar pembangkang kembali berunding bagi mewujudkan kesepakatan.

“Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat,” katanya. - Mkini.
Lebih hebat dari tu terdapat juga pemimpin utama PAS yang turut sokong cadangan Ust Tuan Ibrahim tu antaranya Timbalan Menteri Besar Kelantan yang tentunya mengharapkan pertandingan 1 lawan 1 di Kelantan untuk mencerahkan sikit peluang untuk PAS Kelantan mempertahankan Kelantan pada PRU14 akan datang.

Turut sokong cadangan Ust Tuan Ibrahim tu adalah salah seorang Naib Presiden PAS iaitu Iskandar Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor bersama kesemua Adun PAS Selangor.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Semua 13 wakil rakyat PAS S'gor tampil sokong Tuan Ibrahim" melaporkan:
Tiga belas wakil rakyat PAS di Selangor tampil menyatakan sokongan terbuka terhadap tawaran 'gencatan senjata' pembangkang yang dibuat timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan parlimen (MP) itu menyatakan sokongan kepada Tuan Ibrahim dan naib presiden Datuk Iskandar Abd Samad, yang mendukung kenyataan itu, setelah penelitian dan perbincangan mendalam.

“Maka ADUN dan MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Dalam kenyataan itu, mereka risau terhadap perkembangan politik Selangor yang dimenangi bersama gabungan dengan PKR dan DAP pada 2008. - Mkini.
Malah cadangan Ust Tuan Ibrahim tu juga mendapat sokongan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed macam berita Malaysiakini yang bertajuk "Tuan Ibrahim mesti dah dapat restu Hadi, kata ulama PAS" yang melaporkan:
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed percaya cadangan timbalan presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan sesama parti pembangkang sudah mendapat restu pemimpin nombor satu parti itu.

"Bila dia bercakap tu, mesti ada restu presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Ada orang tanya kenapa bukan presiden yang keluar (kenyataan). Takkanlah semua benda nak diurus oleh presiden," kata Mahfodz kepada Malaysiakini. - Mkini.
Cuma masalahnya aku yakin cadangan Ust Tuan Ibrahim tu kurang disukai oleh oleh majoriti pemimpin serta ahli dan penyokong PAS disemua peringkat sebab cadangan tu dilihat 'mendahului' malah mungkin bertentangan dengan pendirian Presiden PAS yang berusaha mengujudkan blok ke-3 dan cukup konsisten takkan bersama dengan Pakatan Harapan.

Dan itu terbukti bila Presiden PAS keluarkan kenyataan macam berita Malaysiakini yang bertajuk "Hadi: PAS pakat dengan pihak yang ikut acuannya" yang melaporkan:
PAS sedia berpakat dengan mana-mana pihak yang setia dan dapat mengikut acuan parti itu demi menegakkan Islam, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan beliau itu muncul sehari selepas gesaan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti-parti pembangkang melakukan 'genjatan senjata' bagi menentang BN.

"PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Mkini.
Walaupun kenyataan Presiden PAS tu tak sebut secara jelas tapi dapat difahami yang Presiden PAS tak setuju cadangan 'gencatan senjata' Ust Tuan Ibrahim tu.

Malah aku cukup yakin Ust Tuan Ibrahim dapat tekanan yang cukup kuat dari pihak yang tak setuju dengan cadangan dia tu dari berbagai pihak lain dalam PAS dan dia dilihat seolah-olah ingin 'berlembut' termasuk dengan DAP dan Amanah.

Mungkin tak tahan dengan tekanan dalaman tu akhirnya Ust Tuan Ibrahim keluarkan kenyataan yang cadangan dia tu adalah pendirian peribadi.

Malaysiakini dalam berita semalam bertajuk "Tuan Ibrahim: 'Gencatan senjata' pendapat peribadi" melaporkan:
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seruan “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN merupakan pendapat peribadinya sendiri.

Katanya, pendapat itu dikeluarkan memandangkan parti lain dalam pembangkang menyerang PAS dengan menyatakan parti itu bersekongkol dengan BN sebelum ini, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Itu pendapat peribadi… kenyataan itu saya keluarkan, ia (atas) nama saya sendiri.

“(Pendapat saya) tidak bercanggah dengan prinsip dan konsep serta dasar parti kerana Tok Guru sebut mereka (pembangkang) selalu serang PAS, ia perlu dihentikan,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis himpunan NGO Islam sempena Aidilfitri di Pusat Islam malam tadi. - Mkini.
Mungkin dia rasa kenyataan tu tak cukup kuat untuk ubah persepsi nama dia yang negatif dimata majoriti pemimpin serta ahli dan penyokong PAS dan dia terpaksa keluarkan kenyataan yang lebih 'istiqamah' pasai tu kut terkeluar kenyataan 'bangang' macam yang tajuk berita Malaysiakini "Bubar AMANAH, pembangkang akan tenang" tu.

Aku kata kenyataan tu 'bangang' pasai yang pertama sekali mustail Amanah akan dibubarkan, sekurang-kurangnya mustahil dimata pemimpin serts ahli dan penyokong Amanah.

Yang keduanya kalau Amanah dibubarkan pun tak mungkin pemimpn Amanah termasuk Khalid Samad akan boleh berdiam diri bila tengok tingkah laku dan kenyataan pemimpin PAS yang nampak jelas selalu bagi 'tongkat' kepada Umno BN untuk terus kekal berkuasa dan terus mengkhianati dan menyusahkan rakyat Malaysia.

Yang ketiga aku kata BANGANG sebab takkan Ust Taun Ibrahim tak sedar yang 'pembangkang tidak aman' tu bukan semata-mata sebab PAS berbalah dengan Amanah saja tapi PAS jugak hampir setiap masa bergaduh sakan dengan DAP.

Aku yakin kalau pun parti Amanah dan seluruh pemimpin serta ahli dan penyokongnya mati pun pembangkang takkan aman sebab PAS tetap juga akan terus bergaduh dengan DAP.

Pembangkang cuma mungkin boleh jadi aman kalau Ust Tuan Ibrahim memangku jawatan Presiden PAS dan seterusnya PAS sedia bertolak ansur dan bersetuju bergabung dalam Pakatan Rakyat dan seterusnya bersedia mengiktiraf dan mengunapakai semua keputusan bersama yang dipersetujui dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...