Wajarkah Guan Eng dan DAP saman mufti Pahang isu DAP kafir harbi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 27, 2016

Wajarkah Guan Eng dan DAP saman mufti Pahang isu DAP kafir harbi?

Guan Eng dan DAP patut samad Mufti Pahang isu DAP kafir harbi tu di mahkamah, tuntut supaya Mufti Pahang tu bukan sekadar tarik balik tuduhan yang cukup berat tu tapi juga mengiktiraf kerjabuat DAP termasuk melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyalurkan cukup banyak peruntukan berkaitan Islam.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Guan Eng mahu mufti Pahang tarik balik kenyataan, mohon maaf" melaporkan:
Kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang mendakwa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima kerana DAP tidak pernah menentang Islam, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Perkataan yang begitu ganas ini tidak harus keluar daripada mulut seorang mufti yang kedudukan begitu tinggi dan mulia. Ini macam cakap bahawa minta bunuh orang, sama tahapnya," katanya. - Mkini.
Utusan pada 24 Jun dalam berita bertajuk "DAP tergolong kafir harbi wajar ditentang" melaporkan:
DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk me­nubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

Kata beliau, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” kata beliau ketika dihubungi hari ini. - Utusan.
Malaysiakini dalam berita tu juga melaporkan:
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata jika parti itu menentang Islam, kerajaan DAP Pulau Pinang tentu tidak menyediakan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam, membina sekolah agama rakyat dan menderma tanah untuk membina kompleks mahkamah syariah. - Ibid.
Pada aku tak cukup sekadar Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP sanggah tuduhan Mufti Pahang tu melalui media saja sebab kesan isu ni cukup besar terutama sekali dari segi persepsi.

Guan Eng dan DAP patut samad Mufti Pahang di mahkamah, tuntut supaya Mufti Pahang tu bukan sekadar tarik balik tuduhan yang cukup berat tu tapi juga mengiktiraf kerjabuat DAP termasuk melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyalurkan cukup banyak peruntukan berkaitan Islam.

Mungkin dengan cara tu akan dapat bukan saja baiki persepsi negatif terutamanya dikalangan orang melayu Islam terhadap DAP tapi juga menyebarluaskan maklumat mengenai pandangan dan pendirian DAP mengenai Islam dan juga kerjabuat pemimpin DAP selama ini yang bersangkutan Islam termasuk melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...