Biodata penuh calon Amanah PRK Kuala Kangsar: Bukan calon tongkol kayu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Jun 03, 2016

Biodata penuh calon Amanah PRK Kuala Kangsar: Bukan calon tongkol kayu

Dr. Termizi Ramli calon Amanah PRK Kuala Kangsar ni bukan calon tongkol kayu, dia ni juga masih baru dalam politik, tak macam Hj Nizar contohnya yang cukup lama dalam PAS sebelum ni yang sikit sebanyak ada jugak 'sisi negatif' dalam politik yang mungkin buat sebahagian pengundi mungkin marah.

AstroAwani dalam berita bertajuk "Profesor fizik calon AMANAH di Kuala Kangsar" melaporkan:
Parti Amanah Negara (AMANAH) memilih profesor fizik Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan Termizi dalam majlis yang dihadiri pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Kangsar malam ini.

Termizi, 61, berasal dari Kampung Suak Petai di Manong, Kuala Kangsar. - Mkini.
Kat bawah ni biodata penuh Dr. Ahmad Tarmizi calon Amanah PRK Kuala Kangsar.

MAKLUMAT CALON PAKATAN HARAPAN P.067 KUALA KANGSAR

MAKLUMAT PERIBADI

Nama : DR AHMAD TERMIZI BIN RAMLI

Umur : 61 Tahun

Tempat Lahir : Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar Perak

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Status : Berkahwin

Isteri : Kamaliah Binti Nordin (9 orang anak)

PENDIDIKAN

•1960, Sekolah Kebangsaan Bagan Serai.

•1965, Sekolah Kebangsaan Selama, Perak.

•1967, Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh. LCE.

•1971, Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi MCE.

•1973, People's College of Further Education. A-Level.

•1975, University of Leeds, UK, B.Sc. (Hons) Fizik.

•1980, University of Salford, UK, M.Sc. Kesihatan dan Keselamatan Radiologi. 1984, University of Swansea, Wales, Diploma Fizik Pengionan dan Ph.D Fizik Perubatan.

KERJAYA

• Bersara sebagai Professor Gred B di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

PENGALAMAN

• Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM.

• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom ketika zaman pengajiannya di United Kingdom.

PENCAPAIAN

• Dianugerahkan Pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M) oleh Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.

• Ahli Senat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2011 hingga 2016.

• Ketua Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1988 hingga 1990.

• Pengarah Unit Perlindungan Sinaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 1991 hingga 2003.

• Professor Gred C (1997 - 2013), Professor Gred B (2013-2016).

• Mengendalikan 21 orang pelajar Doktor Falsafah (PHD) dan 21 orang pelajar sarjana (Master) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang fizik.

• Mengendalikan 19 projek penyelidikan daripada pelbagai agensi menghampiri kos sebanyak RM2.6 juta.

• Menghasilkan 11 buah buku ilmiah, 97 kertas jurnal antarabangsa dan 79 kertas pelbagai persidangan.

• Melaksanakan tugasan di bawah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

PENGLIBATAN SOSIAL

• Timbalan Presiden Persatuan Islam University Leeds (1978-1979)

• Presiden Persatuan Islam University Collage Swansea (1984-1986)

• Presiden Kesatuan Melayu United Kingdom (1984-1985)

• Presiden Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Malaysia (1991-1992)

SUMBANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

• Ahli Panel Pakar Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar sejak tahun 1992

• Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai Perlindungan Sinaran Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Teknologi dan Alam Sekitar 1995-2003.

• Ahli Panel Pakar Nobel Laureate Akademi Sains Malaysia sejak tahun 2002.

• Ahli Reactor Interest Group Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia sejak tahun 2002.

• Ahli Kajian Hala Tuju Pengajian Dalam Bidang Kejuruteraan Nuklear di Institut Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi sejak tahun 2012.

• Pengerusi Panel Pakar Sains Nuklea Dewan Bahasa dan Pustaka 2013-2015.

• Ahli Tetap Jawatankuasa Pemantauan Pengoperasian Loji Bahan Termaju Lynas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

JAWATAN DALAM PARTI

•Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa AMANAH

•Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya AMANAH

•Ahli Jawatankuasa Biro Politik AMANAH Perak

•Naib Ketua AMANAH Kawasan Kuala Kangsar

Aku tak payah ulas la kut biodata calon Amanah PRK Kuala Kangsar ni. Macam ni punya menarik punya biodata calon kalau pengundi PRK Kuala Kangsar tak tertarik untuk pangkah Amanah jugak taktau la.

Cuma masalahnya, majoriti pengundi Malaysia ni bukan peduli sangat pasai calon, malah sebahagian besarnya senang kata kalau letak tongkol kayu pun depa undi janji guna lambang parti depa, tak kira PAS tak kira Umno tak kira PKR tak kira DAP, lebih kurang sama ja.

Lagi satu aku nak tekankan selain dari Dr. Termizi Ramli calon Amanah PRK Kuala Kangsar ni bukan calon tongkol kayu, dia ni juga masih baru dalam politik, tak macam Hj Nizar contohnya yang cukup lama dalam PAS sebelum ni yang sikit sebanyak ada jugak 'sisi negatif' dalam politik yang mungkin buat sebahagian pengundi mungkin marah.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...