Wan Azizah tak rasa dihinakah dengan jawapan Ust Idris ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 25, 2016

Wan Azizah tak rasa dihinakah dengan jawapan Ust Idris ni?

Aku sebenarnya kesian dengan Wan Azizah yang terpaksa jadi 'jurucakap' kepada Kartel' Azmin. Buat malu ja. Tak berbaloi langsung kut ikut kemahuan 'kartel' Azmin sampai dimalukan sampai tara tu.

Ust-Idris-malukan-wam-azizah
Sinarharian dalam berita bertajuk "'Pas tak ganggu rumah tangga orang'" melaporkan:
Pas menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai kaitan terhadap penangguhan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, masalah yang berlaku di dalam Pakatan Harapan seharusnya tidak boleh dikaitkan dengan Pas.

Ini kerana menurut Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar itu, Pas tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi sebarang keputusan memandangkan parti Islam itu bukan dalam komponen Pakatan Harapan. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:
"Apa pasal ada kena mengena dengan kami pula? Masalah bergaduh isteri orang dengan suami orang tak kan jiran sebelah nak tentukan cerai atau tidak.

"Itu rumah orang. Kami tidak campur dengan rumah tangga orang," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan buat kali kedua menangguhkan mesyuarat Majlis Presidennya bagi membincangkan isu PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Penangguhan itu dikatakan berpunca daripada Pas yang gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu tersebut. - Ibid.
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Tunggu respon PAS, Pakatan Harapan tangguh mesyuarat lagi" melaporkan:
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu pilihan raya kecil ditangguhkan sekali lagi kerana menunggu respon daripada PAS.

Menurutnya, respon daripada PAS amat diperlukan memandangkan parti itu menyatakan hasrat mahu bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini.

"Kita sekarang menunggu respon daripada PAS. Kita juga adakan mesyuarat secara tertutup kerana mereka yang bertanding di dua kerusi itu sebelum ini. Jadi ia merupakan salah satu cara untuk berunding bagaimana untuk menyelesaikannya (isu perebutan kerusi)," katanya. - Mkini.
Aku sebenarnya kesian dengan Wan Azizah yang terpaksa jadi 'jurucakap' kepada Kartel' Azmin. Buat malu ja. Tak berbaloi langsung kut ikut kemahuan 'kartel' Azmin sampai dimalukan sampai tara tu.

Memang la semua ahli dan penyokong Pakatan Harapan nak kalau boleh kita lawan calon BN satu lawan satu tapi nak pujuk PAS pun sikit-sikit sudah la.

Wan Azizah patutnya faham dan terima hakikat yang PAS takkan bagi laluan untuk calon Pakatan Harapan walaupun di salah satu PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sangat tidak munasabah untuk PAS bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang turut dianggotai oleh DAP dan Amanah, musuh yang dianggap paling teruk oleh PAS sekarang ni yang saban hari siang malam ahli dan penyokopng depa kutuk dan maki.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...