PRK Sungai Besar: Pemimpin PKR jumpa Mursyidul Am PAS minta bagi laluan ? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 25, 2016

PRK Sungai Besar: Pemimpin PKR jumpa Mursyidul Am PAS minta bagi laluan ?

Tapi kalau betul khabar angin tu, mungkin itu usaha terakhir 'kartel' Azmin untuk merayu PAS bagi laluan di PRK Sungai Besar dan Tapi kalau betul khabar angin tu, aku yakin usaha pemimpin PKR berkenaan takkan berjaya.

Azmin-Ali-jumpa-Dr-Haron-Din
Gambar Hiasan (Kredit: Selangorku)
Blog MerahTinta MSO dalam posting bertajuk "Pemimpin PKR jumpa Haron Din bincang kerusi Sg Besar?" tulis:
Ada maklumat yang sampai kepada saya, malam tadi pemimpin tertinggi PKR berjumpa dengan Murysidul Am Pas, Dr Haron Din dipercayai untuk mencari formula bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pemimpin PKR berkenaan katanya datang bersendirian dengan memandu kereta ke rumah Haron di Bangi. Tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka berdua. Saya difahamkan pemimpin PKR itu bersungguh menyakinkan Haron Din supaya memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi Sungai Besar.

Kerusi Sungai Besar menjadi rebutan di kalangan pembangkang khasnya Pas dan Amanah. Kedua-dua mendakwa mempunyai peluang mampu menumbangkan BN kalau diberi laluan. Kedua-dua parti itu "bergagah" antara satu sama lain. - MSO.
Blogger Mohd Sayuti juga tulis:
Beberapa perbincangan mencari persefahaman antara pembangkang dilakukan, tetapi gagal mencari kata putus. Difahamkan hasil pertemuan pemimpin PKR dengan Haron itu akan menjadi kata pemutus dan dilaporkan dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

Menyedari sukar penyelesaian itulah mungkin menyebabkan pemimpin tertinggi PKR mengambil inisiatif berjumpa dengan Haron Din. Haron dianggap boleh memberi pencerahan bagai menyelesaikan pertikaian di Sungai Besar itu kerana beliau dianggap pemimpin spiritual dalam Pas. - Ibid.
Entah betul entah tidak khabar angin yang MSO dapat ni aku tak pasti.

Tapi kalau betul khabar angin tu, mungkin itu usaha terakhir 'kartel' Azmin untuk merayu PAS bagi laluan di PRK Sungai Besar dan Tapi kalau betul khabar angin tu, aku yakin usaha pemimpin PKR berkenaan takkan berjaya.

Pasainya, kata putus dalam PAS sekarang ni bukannya ada di tangan Mursyidul Am PAS, juga bukan di tangan Presiden PAS tapi sebenarnya ada di tangan segelintir pimpinan utama PAS pusat yang menguasai bukan saja 'Pejabat Presiden PAS' tapi juga Pejabat Mursyidul Am.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...