PRK Sungai Besar: PAS baru kenal betapa kurang ajarnya Azmin? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 22, 2016

PRK Sungai Besar: PAS baru kenal betapa kurang ajarnya Azmin?

Tak payah la kut Ketua Pemuda PAS yang berlagak macam orang tua ni sampai nak kata kat Azmin kurang ajar kepada Presiden PAS walaupun memang pun Azmin selalu beraksi kurang ajar.

Nik Abduh kata Azmin kurang ajar dengan Hj Hadi
Kredit imej: FMT.
AntaraPos dalam berita bertajuk "Tuduhan PKR terhadap Hadi 'jahil, kurang ajar', kata Nik Abduh" melaporkan:
Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'tidak tahu apa yang berlaku dalam parti' yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.

Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

"Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya),” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook. - AntaraPos.
Sebelum ni MalaysiaDateline dalam berita bertajuk "Hadi tak tahu perkembangan parti sendiri, kata Azmin" melaporkan:
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali "bersimpati" dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.

Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, lapor Malaysiakini.com. - MalaysiaDateline.
Malaysiakini pada 18 Melai dalam berita bertajuk "2 PRK: PAS tidak bincang dengan PKR, kata Hadi" melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan beliau tidak mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi berbincang mengenai pilihan raya kecil berkembar bulan depan.

“Tidak ada, tidak ada,” katanya ketika ditanya mengenai perkara itu di lobi Parlimen, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan ketidak tahuan jika ada rundingan antara kedua-dua parti oleh pihak lain bagi pemilihan tersebut. - Mkini.
MalaysiaDateline juga melaporkan:
Mengulas lanjut, anggota parlimen Gombak itu mengakui telah bertemu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Azmin berkata melalui pertemuan itu beliau percaya pimpinan kanan Pas itu akan memaklumkan maklumat perbincangan berkenaan kepada Hadi. - Ibid.
Kesian PAS pasai baru kenai siapa Azmin yang sebenarnya.

PAS masih bersangka baik dengan Azmin sebelum ni walaupun dah pernah kena 'main' dengan Azmin termasuk masa kemelut MB Kelantan bila Presiden PAS dikatakan secara rahsia ada 'deal' dengan Azmin tapi Azmin bocorkan rahsia tu dan buat u-turn tarik diri dari jadi calon Pakatan Rakyat untuk jadi MB Selangor. (walaupun akhirnya dilantik juga sebagai MB Selangor)

Apa pun, tak payah la kut Ketua Pemuda PAS yang berlagak macam orang tua ni sampai nak kata kat Azmin kurang ajar kepada Presiden PAS walaupun memang pun Azmin selalu beraksi kurang ajar.

Pasainya memang betul pun Hj Hadi sebagai Presiden PAS kerap kali tau tau apa perkembangan terkini, malah dalam berita tu pun jelas MalaysiaDateline petik kata-kata Hj Hadi yang kata "Tidak ada, tidak ada" siap guna perkataan 'ketida tahuan' lagi.

Yang paling aku ingat peristiwa tahun 2015 macam berita bertajuk "Hadi 'tidak tahu' Mat Sabu ditahan polis" yang dilaporkan oleh Malaysiakini:
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau "tidak tahu" timbalannya Mohamad Sabu ditahan polis tengah malam tadi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Beliau menjawab "tidak tahu" apabila diajukan soalan berhubung penangkapan timbalannya. - Mkini.
Sangat tak logik seorang Presiden Parti taktau Timbalan dia ditahan polis sedangkan berita tu dah viral dalam internet.

Yang sebenarnya dalam isu ni Nik Abduh patut tujukan gelaran 'kurang ajar' tu bukan kepada Azmin tapi kepada Ust Tuan Ibrahim, Cikgu Mustafa Ali dan Dr. Shamsuri yang diam-diam jumpa dengan Azmin tu.

Depa-depa tu yang kurang ajar pasai buat gerakan berjumpa dengan Azmin bukan saja tanpa persetujuan malah langsung tak maklumkan kepada presiden.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...