Mungkin la kut, dengan hubungan baik yang katanya Hj Hadi ada dengan Sultan Selangor dan dengan 'kabel besar' yang dia ada dia yakin dia boleh pengaruhi Sultan Selangor untuk tolak kalau Azmin pecat 3 Exco PAS dan kemukakan rombakan Exco Selangor tu.
Malaysiakini dalam berita bertajuk "PAS sedia hilang tiga Exco di Selangor" melaporkan:
PAS bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk hilang tiga Exconya di Selangor ekoran keputusan parti itu meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, soal kedudukan ahli Exco adalah urusan sesebuah negeri malah pelantikan dilakukan harus mendapat perkenan Sultan.
Hadi berkata, meskipun PAS bersedia namun beliau berharap ia hanyalah sekadar khabar angin. - Mkini.
Hebat statement Hj Hadi kali ni. Sanggup PAS hilang tiga Exco di Selangor janji PAS tetap bertanding di PRK Sungai Besar walaupun hamnpir pasti calon PAS tu akan kalah.
Taktau la pulak kalau Hj Hadi yakin sangat walaupun dengan pertandingan 3 penjuru calon PAS akan menang PRK Sungai besar tu.
Mungkin kut Hj Hadi yakin sangat dengan kemampuan Dewan Himpunan PAS cukup hebat di Sungai Besar sampai boleh tarik unti masyarakat Cina dan India yang meliputi lebih 30% tu.
Lebih menarik lagi Sinarharian dalam berita bertajuk "Sedia sebarang kemungkinan selepas PRK" pula melaporkan:
"Kalau benar pun dia nak minta Exco letak jawatan, soal pelantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihan raya adalah soal parti.Mungkin la kut, dengan hubungan baik yang katanya Hj Hadi ada dengan Sultan Selangor dan dengan 'kabel besar' yang dia ada dia yakin dia boleh pengaruhi Sultan Selangor untuk tolak kalau Azmin pecat 3 Exco PAS dan kemukakan rombakan Exco Selangor tu.
“Lagipun, pelantikan Exco harus mendapat perkenan sultan menerusi dan ada angkat sumpah. Sebab itu kita bersedia dengan segala kemungkinan, perkara ini terpulanglah pada Sultan. Apa pun saya harap perkara ini adalah khabar angin,” katanya. - Sinarharian.
Aku langsung tak percaya tapi kalau pun betul Hj Hadi boleh pengaruhi Sultan Selangor tapi apa sangat yang Sultan Selangor boleh buat kalau Pakatan Rakyat yang sebenarnya dah jadi sejarah tu secara rasmi Azmin bubarkan di Selangor.
Sangat tak logik kut Sultan nak paksa Azmin kekalkan jugak Exco dari kalangan Adun yang dah jadi pembangkang dalam Dun Selangor.
Apa pun, aku tak yakin Azmin akan berani bertindak sejauh tu, tambah-tambah lagi dia sekarang ni ikut kata khabar angin tengah berperang besar dengan Rafizi yang duduk dalam kem Wan Azizah.
Tapi tu cerita lain, kalau rajin nanti aku cuba ulas dari persepsi aku.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis