Dan bagi yang hadir ceramah Amanah semalam tu, aku yakin hangpa pun boleh teka siapa yang akan jadi calon Amanah untuk PRK Kuala Kangsar kali ni, kecuali dalam kepala hangpa dah set Hj Nizar kompon calon PRK Kuala Kangsar kali ni.
FreeMalaysiaToday dalam laporan bertajuk "Nizar calon PH di Kuala Kangsar?" melaporkan:
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mewakili Pakatan Harapan (PH) bertanding di PRK Kuala Kangsar.
Menurut sumber yang dipetik China Press, Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Perak adalah salah seorang calon di kerusi Parlimen itu.
Nizar ketika dihubungi akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini. - FMT.
Aku nampak ramai ahli dan penyokong Pakatan Harapan sambut baik berita ni.
Bahkan ramai rakan blogger buat posting pasai cerita ni dan sokong Hj Nizar jadi calon dengan berbagai alasan masing-masing.
Kat timeline faceboook lagi la meriah dengan status yang sokong cadangan Hj Nizar jadi calon mewakili Amanahh dan Pakatan Harapan di PRK Kuala Kangsar tu.
Memang ada rasionalnya sebahagian besar hujah depa yang mau Hj Nizar jadi calon tu walaupun ada jugak hujjah yang tak berapa nak tepat dengan realiti persepsi semasa.
Aku secara peribadi kurang bersetuju Hj Nizar bekas Menteri Besar Perak 11 bulan dari PAS tu jadi calon Amanah untuk PRK Kuala Kangsar ni.
Aku ada hujjah dan alasan aku tersendiri terutama sekali untuk PRU14 yang akan datang yang aku rasa tak berapa nak sesuai untuk aku kongsi kat sini.
Semalam masa lepas ceramah sulung parti Amanah di Taman Jasa Kuala Kangsar, aku berkesempatan jumpa dan sembang sendiri berdua dengan Hj Nizar.
Lepas bertegur sapa bertanya khabar lebih kurang pasai agak lama jugak tak jumpa, aku terus tanya kat Hj Nizar, soalan direct to the point jenis 'pemati'.
"Tuan Haji kompom tak jadi calon bertanding PRK kali ni kut"
" Tak kut, Kuala Kangsar pun ada orang hebat boleh jadi calon, tak sesuai kut saya orang luar nak jadi calon kat sini" jawab Hj Nizar .
Lepas sembang lebih kurang sikit sebanyak pasai strategi dan unjuran pengundi, aku yakin memang kompom Hj Nizar bukan calon Amanah untuk PRK Kuala Kangsar kali ni.
Dan bagi yang hadir ceramah Amanah semalam tu, aku yakin hangpasemalam pun dah boleh teka siapa yang akan jadi calon Amanah untuk PRK Kuala Kangsar kali ni, kecuali dalam kepala hangpa dah set Hj Nizar memang kompon calon PRK Kuala Kangsar kali ni.
Kalau betul andaian aku ni, calon tu mungkin tak sehebat Hj Nizar di mata ahli dan penyokong Amanah dan Pakatan Harapan tapi aku hangpa pun boleh bersetuju dengan pemilihan calon tu.
Pun begitu, dengan politik dan ahli politik ni bukan boleh percaya sangat. lagi pun semuanya berkemungkinan dalam politik ni.
Dalam politik ni walaupun semalam dah kompom, tak mustahil esok pagi-pagi buta keputusan tu boleh berubah.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis