PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar: Amanah pun nak jadi BANGANG macam PKR dan DAP jugak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 15, 2016

PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar: Amanah pun nak jadi BANGANG macam PKR dan DAP jugak

Tak ka BANGANG namamya buat tawaran sia-sia yang semua orang tau PAS takkan sama sekali bersetuju melainkan PAS bertanding di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan PRN Sungai Besar tu.

Malaysiakini melaporkan:
Pakatan Harapan (HARAPAN) Perak hari ini mencadangkan supaya gabungan pembangkang itu hanya bertanding di satu kerusi - sama ada Kuala Kangsar atau Sungai Besar - dalam pilihan raya kecil (PRK) bulan depan dan memberi peluang kepada PAS untuk bertanding di kerusi yang lain.

Dalam satu kenyataan, HARAPAN Perak berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat majlis pimpinan negeri semalam. - Mkini.
Sungguh aku jadi makin tak faham, pasai apa Amanah pun dah berjangkit penyakit BANGANG DAP dan PKR masa PRU11 PRN Sarawak baru ni dengan beraksi BANGANG macam ni.

Berita Malaysiakini tu juga melaporkan:
"Cadangan sedemikian adalah bukti keikhlasan Pakatan Harapan untuk memastikan satu lawan satu dalam kedua-dua PRK tersebut," katanya sambil menambah bahawa ia demi memastikan kemenangan untuk rakyat. - Ibid.
PRN11 Sarawak baru ni dah tunjuk dengan jelas pendirian PAS yang aku yakin seluruh rakyat Malaysia yang celik politik boleh nampak dengan jelas pendirian PAS tu.

Ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan pemimpin PAS yang langsung tak peduli pun dengan pertandingan 3 penjuru tu melainkan jika 2 penjuru tu antara depa dengan BN saja untuk kedua-dua kerusi berkenaan.

MalaysianDateline pada 13 Mei dalam berita bertajuk "Pas bertegas akan tanding di K Kangsar dan Sg Besar" melaporkan:
Pas bersetuju pertandingan tiga penjuru hanya akan memenangkan Barisan Nasional (BN) namun menegaskan akan meletakkan calon untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didakwa menjadi milik tradisinya iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar. - MalaysiaDateline
Tak ka BANGANG namamya buat tawaran sia-sia yang semua orang tau PAS takkan sama sekali bersetuju melainkan PAS bertanding di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan PRN Sungai Besar tu.

Lebih BANGANG lagi, sama ada sedar atau tidak Amanah dah bazirkan terlalu banyak masa termasuk untuk tawaran yang sia-sia tu.

Aku cukup terkejut bila terbaca kenyataan Presiden Amanah dalam berita Malaysiakini pada 9 Mei yang bertajuk "AMANAH buat keputusan bertanding selepas 15 Mei". Sangat tak munasabah untuk Amanah untuk tak bersedia bertanding dalam kedua-dua PRK tu.

Amanah patutnya sejak dari awal lagi dah buat keputusan bersedia untuk meletakkan calon di kedua-dua PRK tu atas nama Pakatan Harapan dan war-warkan keputusan tu  sebaik sahaja SPR mengumumkan menerima notis kekosongan kedua-dua kerusi tu dari Speaker Parlimen.pada 10 Mei.

Lagi pun secara 'default' kedua-dua kerusi tu adalah 'kerusi tradisi' Amanah yang ditubuhkan untuk mengisi kekosongan yang PAS 'tinggalkam' dalam Pakatah Harapan. Bab mesyuarat dan seterusnya dapat persetujuan PKR dan DAP sepatutnya jadi sekadar formaliti saja.

Tempoh 5 hari adalah cukup panjang untuk dibazirkan, terlalu banyak benda lain yang lebih berfaedah boleh dibuat untuk PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar berbanding buat tawaran sia-sia lagi BANGANG macam Pakatan Harapan Perak buat tu.

Lebih malang lagi, dalam tempoh 5 hari tu selain dari 'tawaran sia-sia' Pakatan Harapan Perak tu, juga mengujudkan ruang termasuk untuk kenyataan dan aksi yang lebih BANGANG dari Azmin Ali.

Apa pun, hari ni Pakatan Harapan akan bermesyuarat berkenaan calon kedua-dua PRK tu dan aku sangat-sangat berharap parti Amanah tidak beraksi lebih BANGANG lagi...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...