Pemimpin PAS Kedah tak teringin nak komen ka kenyataan MB Kedah ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mei 15, 2016

Pemimpin PAS Kedah tak teringin nak komen ka kenyataan MB Kedah ni?

Mungkin sebab PAS Kedah cuma ada 'pemimpin belakang tabir' macam Sanusi Md Nor tak macam PAS Kelantan yang ada Ust Nik Amar.

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah ‘berdoa’ supaya ada kerjasama di antara PAS dan Umno dan yakin kedua-dua parti itu akan menuju ke arah itu.

“Saya sebagai orang lama, saya selalu berdoa ada kerjasama antara Umno dan PAS. Dalam senario politik hari ini, saya yakin Umno dan PAS akan menuju ke arah itu,” katanya. - Mkini.
Pemimpim PAS Kedah takkan tak teringin nak komen kenyataan Ahmad Bashah ni. Sangat senada dengan cara politik terkini amalan Hj Hadi Awang.

Bila aku kata pimpinan PAS Kedah aku harap takdak lagi dah yang membayangkan muka YB Hj Mahfuz dan YB Amiruddin Hamzah.

Hj Mahfuz dah diberi surat tunjuk sebab yang bermaksud cuma satu step saja lagi sebelum di pecat manakala Ir Amiruddin pulak dah pun letak jawatan yang dia pegang dalam PAS.

Cumanya depa berdua ni tak senekad Hj Husam yang bersungguh-sungguh beraksi sampai PAS tak tahan dan pecat dia. Mungkin sebab PAS Kedah cuma ada 'pemimpin belakang tabir' macam Sanusi Md Nor tak macam PAS Kelantan yang ada Ust Nik Amar.

Malaysiakini juga melaporkan:
“Saya rasa dalam kepimpinan PAS di Kedah pun sudah ada perasaan itu. Mereka tahu dan nampak apa yang berlaku kepada (Presiden) PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS itu. - Ibid.
Bila Ahmad BAshah kata macam tu tentu dia terbayang kenyataan Hj Hadi macam yang dilaporkan berita bertajuk "Kemelut MB Terengganu, Hadi sifatkan ia urusan rumah tangga Umno".

FMT melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kemelut menteri besar Terengganu sebagai urusan rumah tangga Umno dan tidak akan masuk campur urusan parti tersebut. - FMT.
Mungkin Ahmad Bashah mengharapkan ada kenyataan dari pemimpin PAS Kedah macam kenyataan dari YB Aman Razali At-Takiri yang nampak berusaha untuk membentangkan jalan yang lebih kondusif untuk berbaik-baik dengan Umno sampai keluar berita bertajuk "PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN".

FMT melaporkan:
PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu. - FMT.
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...