PRK Sungai Besar: Azmin akan pastikan Pakatan Harapan beri laluan kepada PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 10, 2016

PRK Sungai Besar: Azmin akan pastikan Pakatan Harapan beri laluan kepada PAS?

Kalau pun Azmin berjaya pujuk Amanah, aku tak yakin usaha Azmin ni akan berjaya pasai langsung tak nampak gaya PAS nak lepaskan salah satu kerusi. Takkan Pakatan Harapan terutama sekali DAP nak setuju Pakatan Harapan bagi laluan untuk PAS di kedua-dua PRK.

Azmin-Ali-Hadi-Awang-selfie-seronok-bersama
Azmin Hj Hadi selfie. Sumber: Fb Azmin
Malaysiakini dalam berita bertajuk "Harapan bincang sama ada bertanding di Sungai Besar" melaporkan:
Pakatan Harapan akan membincangkan sama ada mana-mana parti sekutunya akan bertanding pada pilihan raya kecil, kerusi parlimen Sungai Besar, kata Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"(Kita akan) bincang dan berbincang," katanya ketika ditanya sama ada Harapan akan bertanding di kerusi yang secara tradisinya milik PAS atau akan menurunkan calon mereka untuk berdepan dengan bekas rakan seperjuangan mereka. - Mkini. 
Nampak gayanya Azmin masih terus nak guna 'kuasa' dia dalam PKR untuk terus bersama dengan PAS dan dia nampak gayanya tak berapa nak heran dengan 'kuasa' Pakatan Harapan.

Dia nampaknya akan terus berusaha untuk bersama dengan PAS walaupun sedikit gagal di PRN11 Sarawak baru ni bila PRK ada juga bertembung dengan PAS di 3 Dun.

Bharian pada 14 Mac dalam berita bertajuk "PRN Sarawak: PKR ajak PAS berbincang elak pertindihan" melaporkan:
PKR akan berbincang dengan PAS mengenai calon yang akan diturunkan ada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, berkata perbincangan itu penting bagi mengelak pertindihan kerusi calon pembangkang.

"Hal itu perlu bagi mempertahankan kerusi calon 'satu lawan satu' dan kami harap PAS tidak menolak proses perbincangan. - Bharian.
Aku yakin kali ni Azmin akan buat kerja untuk pastikan Pakatan Harapan bagi laluan untuk PAS bertanding di PRK Sungai Besar.

Pada aku usaha Azmin ni mungkin boleh berjaya kalau Azmin berjaya pujuk PAS untuk bagi laluan kepada Amanah untuk bertanding di salah satu PRK.

Tentunya kalau setuju pun PAS akan bagi Kuala Kangsar sebab keputusan PRU13 parlimen Sungai Besar dulu calon PAS cuma kalah dengan majoriti tipis 339 undi berbanding keputusan PRU13 Parlimen Kuala Kangsar yang kalah majoriti lebih besar 1082 undi.

Di pihak Amanah mungkin masalah tak besar sangat, tambah-tambah hasil cempera teruk Pakatan Harapan selepas PRN11 Sarawak. Hj Mohd Sabu pula dah pun keluarkan kenyataan macam bertajuk "AMANAH buat keputusan bertanding selepas 15 Mei" yang melaporkan:
Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya akan membuat keputusan pada 15 Mei ini sama ada akan bertanding pada dua pilihan raya kecil (PRK) akan datang, kata presidennya Mohamad Sabu.

“Kita akan bincangkan perkara (bertanding dalam dua PRK) pada 15 Mei depan,” kata Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, ketika diminta mengulas tindakan PAS terlebih dulu mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Mohamad berkata beliau masih menunggu keputusan rasmi mengenai kekosongan kedua-dua kerusi berkenaan. - Mkini.
15 Mei tu maknanya Azmin ada tempoh seminggu untuk pujuk Mat Sabu dan Amanah kalau dia mau.

Kalau pun Azmin berjaya pujuk Amanah, aku tak yakin usaha Azmin ni akan berjaya pasai langsung tak nampak gaya PAS nak lepaskan salah satu kerusi. Takkan Pakatan Harapan terutama sekali DAP nak setuju Pakatan Harapan bagi laluan untuk PAS di kedua-dua PRK.

PAS awal-awal lagi dah keluarkan kenyataan akan bertanding di kedua-dua kerusi tu dan dengan keadaan PAS yang cukup 'istiqamah' sekarang ni aku langsung tak percaya PAS lepaskan peluang untuk 'menang' di kedua-dua PRK tu.

Harakahdaily dah awal-awal lagi keluarkan berita bertajuk "PAS akan bertanding PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar" yang melaporkan ucapan Hj Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat:
Berucap dalam majlis perasmian Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Pahang di Kompleks Al-Makmur, Kerdau di sini, beliau berkata kekalahan calon PAS di Sungai Besar hanya 399 undi sahaja.

"Manakala di Kuala Kangsar PAS hanya tewas 1,000 undi. Ini bermakna keputusan PRK nanti tidak seperti PRN Sarawak," katanya berseloroh. - Hrkh.
Tapi taktau la pulak, tambah-tambah bila difikirkan hubungan yang sangat rapat antara Azmin dengan Hj Hadi dan juga 'kartel' disekeliling Hj Hadi, memang tak mustahil Azmin berjaya pujuk Hj Hadi.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...