Tapi bila difikir balik, memang tak mustahil benar tuduhan Guan Eng tu. Macam pepatah melayu, "Kalau takdak angin masakan pokok bergoyang". Malah keadaannya lebih tepat macam satu lagi pepatah melayu, "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari."
Bernama dalam berita bertajuk "Lim minta Hadi jelaskan laporan kata-kata kesat daripada PAS" melaporkan:
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya membuat pengesahan mengenai laporan kata-kata kesat yang dikeluarkan PAS terhadap DAP.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata Abdul Hadi perlu membuat pengesahan untuk membersihkan namanya jika perkara itu tidak benar seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
“Sekiranya perkara itu benar, ia dilihat tidak adil bukan sahaja terhadap DAP malah kepada orang bukan Islam. - Bernama.
Juga dilaporkan:
Dalam mesyuarat yang diadakan di kediaman Abdul Hadi di Rusila, Terengganu itu, Abdul Hadi dilapor berkata PAS 'lebih rela menjadi tunggangan lembu UMNO daripada tunggangan babi DAP' (the party would rather herd the cows of UMNO than herd the pigs of DAP). - Ibid.Sungguh, aku harap-harap sangat Hj Hadi Awang menafikan tuduhan Guan Eng tu sungguh-sungguh dan sebaiknya dengan bukti dan lepas tu saman Guan Eng di mahkamah sebab memfitnah.
Aku bukan nak bela dia sebagai Presiden PAS, malah dari segi politik aku lagi 'seronok' kalau sungguh Hj Hadi kata macam tu malah kalau kata lagi teruk dari tu lagi bagus.
Tapi masalahnya Hj Hadi adalah Naib Presiden Persatuan Ulama Sedunia, orang no 3 dalam Persatuan Ulama' Sedunia.
Kenyataan dari orang yang berkedudukan macam tu bukan saja memalukan Islam tapi memburukkan imej islam seantero dunia.
Tapi bila difikir balik, memang tak mustahil benar tuduhan Guan Eng tu. Macam pepatah melayu, "Kalau takdak angin masakan pokok bergoyang". Takkan saja-saja Guan Eng boleh buat tuduhan macam tu kalau dia tak dapat maklumat dari sumber yang dia yakin kebenarannya.
Tambah pulak kalau tengok ke istilah-istilah yang biasa Hj Hadi lemparkan ke atas orang-orang yang dia tak suka atau marah. Memang terbukti istilah-istilah yang semacm tu biasa terhambur keluar dari mulut dia.
Macam tu jugak bertroopers PAS sangat lantang memaki hamun di laman sosial terutama sakali ke atas ahli penyokong dam pemimpin Amanah, tak pernah kita dengar nasihat atau larangan dari Hj Hadi sebagai sosok yang depa tu 'sangat hotmat dan sanjung'.
Malah keadaannya lebih tepat macam pepatah melayu, "Guru kencing berdiri, murid kencing berlari."
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis